Bintang juara All Stars Gegar Vaganza, Naqiu tampil memohon maaf susulan aksi mesra dan berpegangan tangan dengan penyanyi duet Misha Omar ketika konsert keempat pada Ahad.

Jelas Naqiu, dia mengambil segala tanggungjawab dan kesalahan serta meminta agar tidak mengecam pihak lain termasuk pengurusannya.

"Saya minta maaf sangat. Saya yang bertanggungjawab dan mengambil segala kesalahan, letak pada saya. Insya-Allah saya akan pastikan perkara sama tidak berulang.

"Ini melibatkan sensitiviti yang tidak sepatutnya berlaku. Saya letakkan kesalahan pada diri sendiri dan jangan salahkan orang lain," katanya kepada Gempak.

Tambah Naqiu, aksi terbabit dilakukan secara spontan.

"Ia terjadi secara spontan. Semua tahu persembahan saya ni jenis over dan spontan tapi kali ini saya rasa ia tidak sepatutnya berlaku. Memang kesalahan saya.

"Kak Misha hanya pesan pada saya, pastikan dia dapat feel. Awal-awal lagi dia cakap dia tak boleh berduet dengan persembahan yang tak feel.

"Apa yang saya bagi tu bukan sebab nak bagi dia feel, cuma pada pihak saya melampaulah. Jangan kecam partner duet saya, saya yang bertanding, final decision itu pada saya," ujarnya.

Naqiu dan Misha menyampaikan lagi Aku Dan Dirimu (Bunga Citra Lestari dan Ari Lasso) menduduki tempat ketujuh daripada 14 bintang yang bertanding.

BACA: All Stars Gegar Vaganza: Aishah Tersingkir - “Ramai Doa Nak Tengok Saya Keluar Termakbul”

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.