Hasrat pendakwah bebas, Ebit Lew untuk menimang cahaya mata kelima tidak kesampaian apabila isterinya baru sahaja mengalami keguguran.

Perkhabaran sedih itu dimaklumkan Ebit dalam satu hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.

Menerusi entri tersebut, Ebit memohon orang ramai mendoakan kesembuhan isteri kesayangannya.

“Doakan ya bidadari saya cepat sihat. Bidadari saya baru keguguran.

“InsyaAllah bidadariku sayang. Allah uji sebab dia sayang. Betapa mulia dan ketinggian seorang isteri.

“Hanya Allah yang layak membalas segala pengorbananmu. I love you bidadariku till jannnah,” maklumnya.

Dalam pada itu, ruangan komen hantaran berkenaan dihujani dengan kata-kata semangat dan juga doa buat isterinya.

Antara komen yang diterima adalah:

“Semoga isteri UEL sihat dan diberi kekuatan, kesabaran dalam menempuh ujian dari Allah. Amin,”

“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah, semoga cepat sembuh isteri UEL,”

“Moga bidadari ustaz cepat sembuh seperti sediakala ya. Insan isteri solehah untuk suami yang soleh. Yang terbaik nikmat dari Allah,”

Untuk rekod, hasil perkahwinan bersama isteri tersayang, Ebit dikurniakan empat orang cahaya mata.