Kecoh di media sosial apabila seorang wanita terjatuh lalu diasak dan ‘dirempuh’ oleh puluhan orang ramai yang memasuki sebuah kawasan padang.

Difahamkan, wanita berkenaan cuba untuk menyertai permainan yang diadakan oleh seorang YouTuber yang menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000.

Antara syaratnya termasuklah bermain beberapa permainan yang ditetapkan oleh YouTuber tersebut.

Namun, permainan tersebut dilihat bertukar ‘tragedi hitam’ apabila wanita itu terjatuh selepas dikatakan terlanggar sebuah meja ketika orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam kawasan padang.

Paling membimbangkan, ramai yang mendakwa wanita tersebut sedang mengandung.

Malah, ada beberapa rakaman yang sempat dirakam oleh netizen memperlihatkan suami wanita tersebut mengamuk dengan insiden tersebut.

“Bini abang yang berebut nak masuk lepas tu terlanggar pintu jatuh. Lepas tu cari orang yang langgar bini dia.

“Dah tahu bini macam tu ada anak dalam perut,” tulis pemilik video yang sedang tular di TikTok.

Dalam pada itu, kebanyakan netizen tampil mempersoalkan kehadiran wanita itu disebalik ‘lautan’ orang ramai memandangkan dia dikatakan sedang mengandung.

“Dah tahu tempat berebut gigih bawak bini”.

“Takde siapa langgar pun, bini dia terjatuh langgar meja”.

“Kenapa bawa bini dah tau mengandung,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat video yang tular tersebut di bawah.