Skip to main content

Berita Tempatan

“Allahuakbar, Waktu Itu Saya Berserah Diri Pada Allah Dan…”- Mila Jirin Cerita Pengalaman Dimasukkan Ke ICU

milajirinicu_2.jpg
Penyanyi Mila Jirin akui pengalaman jatuh sakit apabila terkena jangkitan Denggi baru-baru ini merupakan sesuatu yang tidak boleh dilupakan.

Menurut Mila, keadaannya sangat lemah sehingga perlu dimasukkan ke Unit Rawatan Khas (ICU) kerana platelet darahnya turun sehingga 8.

“Bila doktor inform Platelets saya turun sehingga 8 dan saya perlu masuk ICU, saya sangat risau...Waktu tu saya masih tak mampu nak makan apa apa, asal makan sahaja muntah..

“Esok nya pula, Platelets turun lagi sehingga 5 dan saya perlu ditukarkan ke HDU untuk pemantauan rapi kerana doktor takut bleeding..Macam macam wire on my body...Allahuakbar, waktu itu saya berserah diri pada Allah dan sangat sangat down..hanya Arif terbayang dimata, bagaimana nak susukan Arif...Setiap detik saya mohon Allah bagi kesihatan yang baik buat saya...

“Doktor yang rawat saya minta supaya saya tidak ambil sup ketam dan air rebusan daun betik sebaliknya minta saya minum banyak jus buah dan minum air putih sebanyaknya..Kata doktor yang rawat saya tu, bila wabak denggi menyerang, hati akan membekak sedikit, oleh sebab itu doktor tak sarankan untuk makan ketam (kolestrol tinggi) dan risau ada racun pada daun betik dan ini akan membuatkan ia lebih teruk (WALLAHU A’LAM)

“Disebabkan keadaan saya makin lemah, Suami 
@isz_mustapha pressed JUS DELIMA (Fresh), dan saya makan banyak ANGUR HITAM serta saya minum susu (Fresh Milk) dalam kuantiti yang banyak dan kerap disamping minum Air putih dengan sangat sangat banyak (Drip pun banyak jugak),” tulisnya.

Bintang kelahiran Akademi Fantasia musim kelima (AF5) berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Kini, Mila bersyukur kerana keadaannya semaki pulih dan kembali normal dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

“Alhamdulillah dengan IZIN ALLAH, Platelets saya naik semula selepas hari ke 8. Dari 5 naik 11, naik 42, naik 149 dan Alhamdulillah..tadi check up di hospital, Platelets dah kembali normal dah 300 lebih... SYUKUR PADA ALLAH

“TERIMA KASIH buat semua yang mendoakan dan yang melawat saya di hospital..terutama SUAMI, MAK AYAH, MAK MENTUA, ADIK ADIK, SAUDARA MARA serta SAHABAT, FOLLOWERS semua yang DM dan msg saya..Maaf ada yang saya tak sempat untuk membalasnya... Hanya ALLAH yang dapat membalas Kebaikkan kalian semua..

“Nikmat ALLAH yang paling besar buat kita hambanya adalah NIKMAT KESIHATAN... Sesungguhnya Aku BERSYUKUR!”
 katanya lagi.

Mila kini bergelar usahawan dan mengendalikan perniagaan pakej perkahwinan yang diberi nama Bizmilla
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bila doktor inform Platelets saya turun sehingga 8 dan saya perlu masuk ICU, saya sangat risau...Waktu tu saya masih tak mampu nak makan apa apa, asal makan sahaja muntah.. . . Esok nya pula, Platelets turun lagi sehingga 5 dan saya perlu ditukarkan ke HDU untuk pemantauan rapi kerana doktor takut bleeding..Macam macam wire on my body...Allahuakbar, waktu itu saya berserah diri pada Allah dan sangat sangat down..hanya Arif terbayang dimata, bagaimana nak susukan Arif...Setiap detik saya mohon Allah bagi kesihatan yang baik buat saya... . . Doktor yang rawat saya minta supaya saya tidak ambil sup ketam dan air rebusan daun betik sebaliknya minta saya minum banyak jus buah dan minum air putih sebanyaknya..Kata doktor yang rawat saya tu, bila wabak denggi menyerang, hati akan membekak sedikit, oleh sebab itu doktor tak sarankan untuk makan ketam (kolestrol tinggi) dan risau ada racun pada daun betik dan ini akan membuatkan ia lebih teruk (WALLAHU A’LAM) . . Disebabkan keadaan saya makin lemah, Suami @isz_mustapha pressed JUS DELIMA (Fresh), dan saya makan banyak ANGUR HITAM serta saya minum susu (Fresh Milk) dalam kuantiti yang banyak dan kerap disamping minum Air putih dengan sangat sangat banyak (Drip pun banyak jugak) . . Alhamdulillah dengan IZIN ALLAH, Platelets saya naik semula selepas hari ke 8. Dari 5 naik 11, naik 42, naik 149 dan Alhamdulillah..tadi check up di hospital, Platelets dah kembali normal dah 300 lebih... SYUKUR PADA ALLAH . . TERIMA KASIH buat semua yang mendoakan dan yang melawat saya di hospital..terutama SUAMI, MAK AYAH, MAK MENTUA, ADIK ADIK, SAUDARA MARA serta SAHABAT, FOLLOWERS semua yang DM dan msg saya..Maaf ada yang saya tak sempat untuk membalasnya... Hanya ALLAH yang dapat membalas Kebaikkan kalian semua.. . . Nikmat ALLAH yang paling besar buat kita hambanya adalah NIKMAT KESIHATAN... Sesungguhnya Aku BERSYUKUR!

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

Must-Watch Video

Advertisement