Laman Utama

“Allahuakhbar, You Guys Memang Mantap” - Adi Putra Terharu, Air Force The Movie Catat RM13 Juta Kutipan Dalam Masa 7 Hari

Mya Amri
01/09/2022
11:56 MYT
Pelakon, Datuk Adi Putra terharu dengan sokongan yang diberikan penonton terhadap filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.
Adi yang membawakan watak Mejar Adnan berkongsi berita gembira itu dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.
“AllahuAkhbar, you guys memang mantap! Terima kasih,” tulisnya.
Tidak hanya Adi, dua lagi pelakon utama Air Force The Movie iaitu Aiman Hakim dan Nas-T juga turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menonton filem berkenaan.
“Terima kasih Malaysia! Teruskan menyokong filem tempatan! Sokongan anda akan memberi impak yang positif untuk industri kita pada masa akan datang!” tulis Aiman
“Sebab anda semualah filem Air Force The Movie mendapat kutipan sebanyak ini dalam masa 7 hari! Terima kasih guys! Alhamdulillah,” coret Nas-T
Sebelum ini, Air Force The Movie berjaya merekodkan kutipan RM8 juta dalam tempoh empat hari tayangan.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.
Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa juga menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As'ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.
Jadi kepada yang belum menonton, dapatkan tiket anda sekarang dan saksikan pertempuran hebat Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di pawagam sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Seleweng Kutipan Derma, Suami Isteri Pempengaruh Ditahan SPRM

gempak
10/07/2024
14:37 MYT
Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Hiburan

Adi Putra Penyeri Filem Aksi Punjabi Malaysia Saazish, Pengarah Akui Sukar Bersaing Dengan Filem Bollywood

gempak
30/06/2024
09:38 MYT
Pengarah filem Arjin Uppal mengakui salah satu sebab membikin filem aksi Punjabi Malaysia berjudul Saazish demi mengetengahkan budaya dan bahasa Punjabi kepada generasi muda.
Filem

The Experts Raih RM10 Juta! Jadi Pilihan Ramai Di Pawagam

gempak
03/06/2024
05:04 MYT
Filem aksi heist nombor satu pilihan ramai ketika ini, The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10 juta.
Filem

Sheriff: Raih RM60.5 Juta! Netizen Setuju, Memang Layak Dominasi Pawagam

gempak
19/05/2024
04:30 MYT
Filem aksi terhebat karya pengarah, Syafiq Yusof Sheriff kini sudah meraih kutipan RM60.5 juta.
Filem

#Sheriff: 14 Hari Tayangan Kaut RM44.5 Juta! Ramai Beri 10/10

gempak
02/05/2024
06:28 MYT
Tahniah Sheriff.