Laman Utama

"Amal Simpan Duit, Korbankan Zaman Remaja, Pernah Burned Out" – Janna Dedah Kisah Hidup

gempak
Faizal Saharuni
29/07/2021
12:56 MYT
Sponsor Banner
"Amal Simpan Duit, Korbankan Zaman Remaja, Pernah Burned Out" – Janna Dedah Kisah Hidup
Melewati sebenar hitam putih kehidupan, disimpulkan banyak telah dijalani pelakon berbakat besar, Janna Nick, 26, termasuk kesediaan berkorban hal-hal tertentu demi masa depannya.
Dan di tengah situasi orang sekelilingnya hidup bermewah-mewahan, Janna pula lebih cenderung mempraktik gaya hidup sederhana walaupun boleh memiliki apa diingini dengan statusnya sekarang.
“Fakta yang orang tak tahu selama ini adalah saya menyimpan duit. Waktu sama, saya korbankan zaman remaja sebab terus masuk dalam industri seni masa umur 16 tahun.
“Selama 10 tahun saya fokus kerja. Dalam waktu tidur, otak fikir kerja. Sampai satu tahap saya pernah burned out akibat banyak fikir sampai bila boleh ada dalam bidang ini,” dedah Janna.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya semalam, Janna memuat naik sebuah video ulang siar memperlihat keseriusan dirinya menjawab butir demi butir perihal perkembangan semasa.
Muncul sebagai tetamu undangan pada program bual bicara, Honest Stories of Success disiarkan di YouTube semalam, pelbagai kisah telus Janna dikongsi bersama hos tetap, Fizo Omar.
Berawal soal bisnes, personal, kerjaya, kesihatan, impian, apresiasi sehingga ekspektasi Janna, penonton pasti terinspirasi dengan pengisian sepanjang 15 minit program itu bersiaran langsung.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner itu sempat berkongsi pandangan peribadi terarah realiti pemilik perniagaan yang dihambat kesulitan sepanjang pandemik Covid-19.
“Ada perniagaan yang dah bankrupt, ada yang dah buang ramai pekerja, everyone is struggling,” jelasnya yang berkongsi keprihatinan terhadap nasib dihadapi usahawan besar mahupun kecil.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live