Perbicaraan kes saman berprofil tinggi di antara pesohor Johnny Depp dengan mantan isterinya, Amber Heard yang berlangsung selama enam minggu akhirnya sampai ke kemuncak.
Juri yang bersidang di Mahkamah Circuit di Fairfax Country, Virginia, Amerika Syarikat memutuskan Depp menang dalam kes samannya terhadap Heard dan menerima bayaran ganti rugi bernilai $15 juta (RM65.7 juta).
Depp sebenarnya menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM218 juta) terhadap wanita yang pernah menjadi isterinya selama lebih setahun selepas berkahwin di pulau milik aktor tersebut di Bahamas pada tahun 2015.
Pada saat aktor itu merayakan ‘pembebasan’ dan dunia mengetahui kebenaran bahawa dirinya tidak pernah melakukan penderaan terhadap Heard, aktres tersebut pula secara terbuka mengaku kecewa dengan kekalahannya.
Bintang Aquaman itu menerusi kenyataan yang ditulis kemudian disiarkan media antarabangsa termasuk CNN mengatakan kemenangan Depp langsung tidak memberi keadilan kepada kaum wanita.
“Saya terlalu kecewa sehingga tidak punya kata kata. Saya patah hati kerana dengan banyaknya bukti yang ada seperti gunung, ia masih belum cukup untuk ‘menundukkan’ kuasa, pengaruh dan ‘permainan’ bekas suami saya.
“Saya malah bertambah kecewa dengan keputusan ini kerana ia amat memberi makna kepada kaum wanita. Ia seperti satu langkah ke belakang apabila wanita yang menuntut keadilan kemudian dimalukan.
“Ia seperti kemunduran apabila aduan tentang penganiayaan terhadap wanita tidak dipandang serius,” tulisnya.
Selain itu, Heard juga menulis: “Saya percaya pihak Depp berjaya membuatkan pihak juri terlepas pandang mengenai kepentingan hak bersuara sekaligus menafikan bukti yang telah diperoleh selepas kami menang di United Kingdom.
“Saya sedih kerana kalah dalam kes ini. Tapi saya lebih sedih kerana kehilangan hak bersuara.”
Heard, 36, didapati bersalah kerana memfitnah Depp menerusi sebuah artikel yang disiarkan di The Washington Post pada 2018 lalu dengan mendakwa dirinya sebagai seorang orang terkenal yang telah mengalami penderaan rumah tangga.
Meski Depp tidak dinamakan dalam artikel tersebut, dia mendakwa telah kehilangan kepercayaan banyak peluang pekerjaan termasuk kontrak bersama filem filem mega dibatalkan.
Walaupun tewas, Heard tidak pulang dengan tangan kosong apabila mahkamah membuat keputusan Heard dibayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$2 juta (RM8.7 juta).
Maliah Surip
Thu Jun 02 2022

![[VIDEO] “Ya Allah Aku Tidak Mampu…” - Sebak Lihat Farid Kamil Rindu Anak [VIDEO] “Ya Allah Aku Tidak Mampu…” - Sebak Lihat Farid Kamil Rindu Anak](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-ya-allah-aku-tidak-mampu-sebak-lihat-farid-kamil-rindu-anak.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Ya Allah Aku Tidak Mampu…” - Sebak Lihat Farid Kamil Rindu Anak
Sedihnya tengok Farid rindu anak-anak...

“Dia Suka Menyakat, Ceriakan Suasana…” - Stacy Masih Terkejut Kehilangan Abang, Kes Kemalangan Dalam Siasatan
Doakan semoga dipermudahkan urusan Stacy dan keluarga.

Tak Nak Menyesal, Baim Wong Berazam Khatam Al-Quran Ramadan Ini
Alhamdulillah...

Selepas Lagu Cover Dapat Jutaan Tontonan, Adrianna Cinta Kini Tampil Dengan Lagu Sayang
Adrianna Cinta Tampil Dengan Lagu Sayang

MODA Lancar Naskhah Eksklusif! Ada Kisah Pereka Popular Malaysia Antaranya Melinda Looi, Alia Bastamam, Rizman Ruzaini & Jimmy Choo Dalam Satu Buku
Jom dapatkan sekarang
![[VIDEO] “Dah Tua Yes, Gemuk Yes, Tapi Boleh Berlakon Filem Aksi” - Eizlan Yusof Minta Hentikan Body Shaming [VIDEO] “Dah Tua Yes, Gemuk Yes, Tapi Boleh Berlakon Filem Aksi” - Eizlan Yusof Minta Hentikan Body Shaming](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-dah-tua-yes-gemuk-yes-tapi-boleh-berlakon-filem-aksi-eizlan-yusof-minta-hentikan-body-shaming.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Dah Tua Yes, Gemuk Yes, Tapi Boleh Berlakon Filem Aksi” - Eizlan Yusof Minta Hentikan Body Shaming
Eizlan kata stop body shaming orang lain.

Buat Hal, Lucinta Luna Pakai Tudung Hormati Ramadan
Kali ni Lucinta Luna nak pakai tudung pula.

Harris Alif Lalui Pengalaman Menarik Isteri Hamil, Kini Tampil Dengan Lagu ‘Terindah’ - “Ketika Proses Merakam, Saya Terima Berita…”
Seronok tengok Harris sekeluarga.

“Jangan Dibunuh Periuk Nasi Orang Belakang Tabir” - Sharnaaz Beri Sebab Tak Patut Boikot Original Gangster
Ramai lagi kru yang mencari rezeki.

Siti Nurhaliza Mahu Bawa Aafiyah, Afwa Melawat Sekolah Miliknya Di Gaza
Datuk Siti teringin bawa Aafiyah dan Afwa ke Gaza.