Pelakon Shima Anuar mengesahkan dirinya positif COVID-19 selepas mengambil ujian saringan pada Sabtu lalu.

Menerusi laman sosial Instagram, Shima berkongsi Keputusan ujian saringan yang dijalaninya dan tertera perkataan ‘detected’.



Bagi Shima, dia mengambil inisiatif melakukan sendiri ujian saringan tersebut selepas mengalami masalah sukar bernafas dan sakit kepala.

“Saya ambil ujian untuk precaution. Sebab kes hari-hari makin banyak. Ia di mana-mana sahaja. Kita kena ada inisiatif sendiri untuk buat test.

At least kita tahu keadaan diri kita. Let say kalau dah tahu kita positif, kita boleh terus kuarantin diri sendiri di rumah so then tak sebarkan dekat orang lain,” jelas pelakon filem Highland Tower itu ketika dihubungi Gempak melalui WhatsApp.

Tambah Shima, sewaktu menerima keputusan positif tersebut, dia hanya memikirkan keadaan anak-anaknya.

“Anak-anak memang rapat dengan saya. Jadi memang takut kalau mereka pun kena sekali. Tapi so far mereka tak ada tunjukkan simptom apa-apa.

“Mereka semua sihat. Sekarang tengah tunggu result ujian mereka dulu. Hopefully semua okay la,” ujarnya lagi.

Buat sementara waktu, Shima menjalani proses kuarantin di rumah dan menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

“So far alhamdulillah keadaan saya tak teruk. Cuma badan ada panas-panas sikit jela. Saya hanya makan ubat, vitamin c dan amalkan minum air suam letak lemon. Insya-Allah takde apa kot ni,” katanya lagi.