HIBURAN
Ambil Pendekatan Berdiam Diri, Agy Enggan Layan Kritikan Netizen - “Saya Tak Pernah Crossdress”
Penyanyi dan pempengaruh, Agy menegaskan bahawa dia tidak pernah memakai pakaian menyerupai wanita dimana-mana majlis.
Jelas Agy atau nama lengkapnya Muhammad Affizy Mohd Khairy, kebanyakan warganet yang memberi kecaman berkemungkinan tidak faham dengan konsep yang dia mahu bawakan.
“Saya tak pernah crossdress, apa yang saya pakai ini adalah pakaian lelaki cuma mungkin ada sesetengah pihak yang tidak faham konsep yang kita mahu bawakan. Tapi saya tegaskan saya tidak pernah crossdress.
“Gambar-gambar yang dikongsikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebab saya tidak pernah membenarkan gambar-gambar saya dikaitkan dengan apa-apa yang tidak baik sebab saya sentiasa cuba yang terbaik menunjukkan perkara-perkara yang baik,” katanya.
Pada masa sama, pelantun lagu Uno,Dos,Tress itu juga akai tertekan setiap kali penampilannya menjadi perdebatan netizen.
Namun baginya selagi ia tidak mendatangkan kesan buruk kepadanya serta keluarga dia hanya mahu mendiamkan diri sahaja.
“Kalau nak kata stress itu mestilah stress tapi ianya tidaklah melampau. Saya stress itu sebab apa yang anda mahukan sebenarnya. Sebab perkara ini melibatkan maruah keluarga, maruah saya sendiri jadi saya nak ambil pendekatan untuk mengabaikan sahaja.
“Selagi ia tidak mendatangkan defamation saya okay, tapi kalau dah sampai tahap itu tunggulah surat,” tambahnya.
Agy ditemui Gempak ketika menghadiri Malam Kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2024 di Auditorium MBSA Shah Alam pada Ahad.
Terdahulu, nama Agy sering menjadi perbualan netizen yang mana mempersoalkan cara pemakaiannya ketika menghadiri majlis-majlis hiburan.
Must-Watch Video