,
Laman Utama

Amboi! Cantiknya Anak Zila Bakarin – “Cantik Dan Letop Anak-Anak Sis, Macam Ibu Dia Juga…”

Fiza Kamarudin
15/03/2021
03:40 MYT
Dua orang anak kepada pelakon Zila Bakarin menjadi perhatian warganet selepas aktres tersebut berkongsi foto mereka di laman sosial Instagram (IG)nya.
Bukan hanya pengikut Zila, tetapi rakan-rakan seperjuangannya di dalam industri seperti Wan Sharmila, Emelda Rosemila dan Salina Saibi turut meninggalkan komen.
Anak-anak Zila iaitu Kaseh dan Chinta masing-masing sudah berusia 12 dan 9 tahun.
“Dah besar anak dara Zila, cantik pula tu,” kata seorang pengikut Zila.
“Cantik dan letup anak-anak sis…Macam ibu dia juga ni,” tulis seorang pengikut lagi.
“Cantiknyaaa kasih dah besar, unik muka dia @zilabakarinofficial,” komen Emilda Rosemila pula. Selain itu wargamaya turut memuji penampilan Zila yang sopan dan kelihatan cantik serta lebih muda dari usia sebenarnya.
“Anggun..macam OOTD dengan adik-adik..”
“Pakai tudung sauk pun cantikkk!”
“Wow…macam sisters! love sangat!” antara komen positif netizen di ruangan komen Zila.
Zila mula berhijab pada awal November 2018 dan sehingga kini, tidak dapat dinafikan pelakon tersebut nampak selesa dan lebih ayu dalam imej yang menutup aurat.
Imej barunya juga mendapat pujian ramai, rata-ratanya suka melihat Zila sudah mula berhijab dan mendoakan agar dia terus istiqamah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar