Filem aksi terbaru Wira bukan hanya mendapat sambutan daripada penonton dewasa, malah turut menarik perhatian pelajar yang baru saja menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini untuk menonton.

Buktinya, kira-kira 900 pelajar menyaksikan filem berkenaan pada awal pagi semalam.

Tambah manis, kesemua pelajar berkenaan berpeluang untuk bertemu sendiri dengan pelakon utama Wira iaitu Hairul Azreen.

Gambar momen pelajar itu kemudian dimuat naik di Instagram rasmi Wira.

"Bestnya pelajar lepas SPM dapat jumpa Hairul Azreen awal-awal pagi ni.

"Lepas tengok filem nanti jangan lupe tag @wira_2019 bagi tahu komen korang ok," katanya.

Difahamkan, kesemua pelajar tersebut dibelanja oleh guru tuisyen mereka untuk menonton Wira.

Bestye pelajar2 lepas SPM dpt jumpa @hairulazreen awal2 pagi ni! Lepas tgk filem nanti jgn lupe tag @wira_2019 bagitao komen korang k! . #WIRA2019 #FilemWira #MatiBerdiri #HidupMelutut #actionmovie

A post shared by WIRA (@wira_2019) on


Pada yang masih belum menonton Wira, anda boleh lah ke pawagam berdekatan sekarang kerana filem aksi arahan Adrian Teh ini telah pun mula ditayangkan.

Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera, Hassan yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.

Biarpun nekad untuk tidak lagi berlawan, Hassan walaubagaimanapun terpaksa bertarung demi melangsaikan hutang adiknya.

Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.

Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.

Wira diterbitkan hasil kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios.