Trend selebriti melakukan pergerakan bibir (Lip sync) menggunakan audio popular di Tiktok sudah tidak hairan lagi, terbaru pelakon Ain Edruce dan suami, Amirul Hafiz tidak terlepas melalukan trend viral itu.

Menerusi klip 15 saat yang dilakonkan mereka, telah mencuit hati wargamaya apabila gaya bersahaja Amirul yang kelihatan janggal dan pergerakan bibirnya tidak selari dengan audio yang dimainkan.

“HAHAHAHA membaca ke?

“Apa ni mirul tak datang rheasal ke?

“Hahaha kenapa kau masuk lambat Amirul.

“Geram eak tengok dia lambat masuk, hahaha.

“Delay sangat tu hahaha,” antara komen yang ditulis wargamaya.

Sementara itu, di ruangan kapsyen Ain menulis seakan geram dengan suaminya yang tidak mampu melakukan trend itu meskipun sudah diberikan audio yang paling mudah.

“Macam mana eh, Ain rasa ni dah paling senang bagi dekat Mirul. Itu lah rheasal tak datang.

“Dia cakap dia power, konon buat sekali dah jadi. Hurmmm lain jadinya,” tulis Ain ringkas.

Sehingga kini video tersebut telah menerima sebanyak 1.4 juta tontonan di akaun Tiktok milik Ain.

Sekadar info, Ain Edruce dan Amirul selamat disatukan pada 13 Disember 2019 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya berumur 2 tahun.

@ainedruce91 Camne ehh. Aku rasa ni dah dialog paling senang aku bagi mirul. Tapi Tu lah …rehearsal x dtg. Die cakap die power. Buat sekali dah jadi. Hmm tu lah jadinya. @hellobabes_official ♬ original sound - Syahmi Hisham