Berita
”Anais Dah Mula Bercakap. Dia Agak Perlahan Tapi...”- Sharifah Sakinah Minta Jangan Bandingkan Anak
Pelakon Sharifah Sakinah bersyukur kerana anaknya Anais Adha yang kini berusia tiga tahun sudah mula pandai bercakap.
Sakinah akui anaknya agak perlahan dalam perkembangan usianya namun dia dapati Anais lebih suka kepada perkara kreatif.
“Alhamdulilah dah mula bercakap. Dia agak perlahan dalam usianya tapi dia sudah ke arah itu.
“Saya boleh lihat dia lebih gemar mewarna, menyanyi, menari, main piano tapi bila ABC tu kurang sikit,” katanya.
Sakinah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menurut Sakinah perkembangan anaknya yang lebih ke arah bidang seni itu banyak persamaan dengan dirinya.
Pun begitu, Sakinah tidak memaksa anaknya untuk memilih kerjaya yang tidak disukai bila sudah besar nanti dan akan memberi kebebasan pada minatnya.
“Apa yang boleh saya lakukan adalah galakkan daya kreatif, membiarkan imaginasi dan kreativitinya mengalir.
“Saya tidak akan paksa dia untuk jadi doktor atau peguam kecuali dia memang mahukannya.
“Dia boleh jadi Youtuber okay, saya sokong!” Katanya lagi.
Akhir sekali, Sakinah meminta agar ibu-ibu tidak membandinhkan anak-anak mereka.
“Kita sebagai ibu jangan rasa sedih atau paranoid jika anak kita perlahan dalam pelajaran dan elak membandingkan mereka dengan kanak-kanak lain.
“Biar mereka belajar mengikut keupataan mereka dan nikmati setiap masa yang ada. Yang penting ikhlas,” nasihatnya.
Sakinah dan suaminya, Aliff Adha yang bertugas sebagai seorang juruterbang telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2015.
Pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha pada Mei 2017.
Must-Watch Video