Berita
“Anak 2 Dah Macam Bawa 10 Orang, Patutlah Dulu Mak Abah...”- Nubhan Kongsi Pengalaman Bercuti Dengan Anak
Penyanyi Nubhan akui bukan mudah untuk membawa dua orang anaknya bercuti dan mengembara dalam jarak yang jauh.
Pun begitu, Nubhan berkata pengalaman membawa anak-anaknya bercuti dan menaiki kapal terbang sesuatu menyeronokkan apabila melihat gelagat mereka
"Mencabar betul bawak anak-anak holiday. Sorang dah lasak.. Sorang lagi kejap-kejap tekuekk tekuekk...
"Fuh kami baru anak dua ni pun dah mcm bawa 10 orang anak...patut la dulu mak abah den jarang bawa kami yang lapan beradik ni holiday... semua macam harimau!
“Alhamdulillah... seronok juga melayan kerenah anak-anak ni... Lagi lega bila layanan staff resort dan bilik sangat ohsem! Thanks @thetaarasmalaysia our room is near the beach... Senang untuk anak-anak lebih-lebih lagi si piya yang kejap-keja nak mandi,” tulisnya.
Nubhan berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut Nubhan memuat naik video yang dirakam sepanjang percutiannya di Pulau Redang, Terengganu.
Dalam video tersebut Nubhan merakam gelagat anak-anaknya menaiki kapal terbang dan bot serta sepanjang percutian di penginapan tersebut.
Nubhan dan isterinya, Dr. Afifah Tawfek mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.
Must-Watch Video