,
Laman Utama

Anak Arwah Abam Makin 'Kreatif', Habis Diconteng Lantai Jubin Rumah Dengan Marker - "Habislah Atuk Kena Lap"

ZULHILMI JALIL
26/01/2021
06:50 MYT
Kanak-kanak yang sedang membesar memang akan suka 'bereksperimen' dengan barang-barang yang ada di sekelilingnya.
Lebih-lebih lagi apabila kanak-kanak ini mula diberikan pen atau pensil, maka bermulalah episod fasa mereka menunjukkan 'kreativiti' masing-masing.
Justeru, tidak hairanlah, mereka yang mempunyai anak kecil di rumah sering berdepan dengan masalah dinding dipenuhi dengan hasil contengan si cilik.
Begitu juga fasa yang sedang dilalui balu arwah pelawak Abam Bochey, Norhidayah Mohd. Ali apabila anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey kini sudah mula aktif menconteng.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Hidayah berkongsi perkembangan anak tunggalnya itu yang kini mula menunjukkan sisi 'kreatif'.
Mana tidaknya, jika kebanyakan kanak-kanak menjadikan dinding sebagai 'medan', Hamzah memilih lantai jubin untuk dijadikan tempat menconteng.
"Orang bagi papan putih, dia nak main conteng situ, adui budak ni. Ini kerja dia semua ini, conteng-conteng kat sini, habislah.
"Orang bagi ini, nak conteng di situ juga. Habislah nanti atuk yang kena kemas ni, adui adik," ngomel Hidayah.
Dalam video berdurasi hampir dua minit itu, Hidayah turut menunjukkan keadaan lantai rumahnya yang habis dipenuhi dengan dakwat pen jenis marker berwarna hitam.
Begitupun, rata-rata netizen memuji gelagat Hamzah yang disifatkan cukup bijak.
"Pandainya Hamzah, dia tak tulis atas karpet. Atas lantai tu senang padam ye sayang," komen salah seorang pengikut.
"Moga menjadi anak bijak ibu ayah. Budak bijak, tak ada pun dia conteng pada kaki, tangan atau karpet," tulis warganet lain.
Hidayah mendirikan rumah tangga dengan Abam pada 8 Disember 2017 sebelum pelawak tersebut meninggal dunia pada Februari 2020 akibat demam panas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar