Akaun X Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tiba-tiba dihujan ratusan ‘pick-up lines’ selepas Bekas Ketua Pengarah Kesihatan itu berkongsi gambar-gambar anak-anak lelakinya beserta luahan perasaan mengenai perjalanan mereka yang kini sudah meningkat dewasa.

Sungguhpun perkongsian berkenaan merupakan satu perkongsian serius, namun lain pula dengan reaksi netizen yang dilihat tidak putus-putus meninggalkan komen-komen berbaur ‘pick-up lines’.

BERITA TRENDING: Pernah Pakai Purdah, Ratu Rizky Nabila Kini Pamer Foto Berbikini: “Persetan Dengan…”

Ada yang mengakui masih mempunyai memiliki aplikasi MySejahtera dan ada juga yang memanggil Noor Hisham dengan panggilan ayah atau abah.






Meninjau hantaran terkini Noor Hisham di platform X, figura itu dilihat telah mematikan fungsi balasan pada platform tersebut.

“Member terpaksa off comments sebab korang menggeletis”