,
Laman Utama

“Anak Coming Soon”- Isteri Haqiem Rusli Hamil?

Syafiqah Jalal
28/02/2022
04:48 MYT
Berita tentang cahaya mata adalah satu khabar baik yang dinanti-nantikan buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
Buat penyanyi Haqiem Rusli, 23, yang baru berkahwin kurang empat bulan lalu berita kehamilan isterinya, Anis Sofea juga turut dinanti-nantikan oleh peminatnya.
Meskipun sebelum ini Haqiem pernah memberitahu dia dan isteri, Anis Sofea belum bersedia untuk menimang cahaya mata kerana masih muda, namun kenyataan dari penyanyi Tergantung Sepi baru-baru ini meninggalkan tanda tanya.
Menerusi satu video yang dimuat naik ke juru foto Aqo Imran, Haqiem telah mengeluarkan kenyataan dengan memberitahu ‘anak coming soon’.
Kenyataan itu menimbulkan tanda tanya adakah isterinya sudah berbadan dua atau pun sebaliknya.
Haqiem membuat kenyataan itu selepas Aqo menegur isterinya kini semakin cantik berseri.
Aqo yang juga merupakan juru foto rasmi perkahwinan mereka pada 11 November 2021 itu memberitahu masa berlalu dengan pantas.
“Wow ‘anak coming soon’ katanya. All the best pada mereka.
“Rasa macam sekejap je masa hari itu baru sahaja shoot wedding mereka,” tulis Aqo dalam kapsyennya.
Haqiem terdahulu dalam satu temu ramah dalam program hiburan memberitahu buat masa ini belum ada berita baik mengenai cahaya mata namun bakal berkongsi dengan umum kelak jika isterinya disahkan hamil.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar