Skip to main content

Hiburan

Pecah Rekod TikTok! Dua Hari Berturut-Turut Alha Alfa Cosmetics Raih Jualan RM1 Juta

Pecah Rekod TikTok! Dua Hari Berturut-Turut Alha Alfa Cosmetics Raih Jualan RM1 Juta

Sekilas

  • Alha Alfa Cosmetics berjaya mencatat jualan melebihi RM1 juta sehari selama dua hari berturut-turut dalam kempen 11.11.
  • Jumlah jualan keseluruhan mencapai RM2.5 juta melalui sesi siaran langsung kurang dari 20 jam di TikTok.
  • Pengasas Datuk Alha Alfa mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan pasukan yang menjayakan kempen tersebut serta berjanji untuk terus menjaga kepercayaan pelanggan.
Advertisement

Kempen 11.11 kali ini menjadi detik membanggakan buat Alha Alfa Cosmetics apabila jenama itu berjaya mencatat jualan melebihi RM1 juta sehari selama dua hari berturut-turut.

Lebih membanggakan, jumlah jualan keseluruhan mencecah RM2.5 juta menerusi sesi siaran langsung (live) yang berlangsung kurang daripada 20 jam secara keseluruhan bagi kedua-dua hari berkenaan.

Advertisement

Menurut pihak Alha Alfa Cosmetics, pencapaian itu turut memecahkan rekod TikTok apabila mendakwa belum ada jenama lain yang berjaya mencatat jualan melebihi RM1 juta sehari selama dua hari berturut-turut di platform tersebut.

Bagi pengasasnya, Datuk Alha Alfa, kejayaan berkenaan cukup bermakna buat dirinya serta seluruh pasukan yang bertungkus-lumus menjayakan kempen berkenaan.

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur. Hari pertama berjaya lepasi RM1 juta, kemudian hari kedua pun berjaya buat sekali lagi. Dapat kekalkan sambutan sampai dua hari berturut-turut itu yang buat pencapaian ini sangat istimewa buat kami.

Advertisement

“Hari pertama, kita berjaya capai jualan RM1 juta dalam tempoh tujuh jam, dan hari kedua, kita berjaya capai RM1 juta dalam masa sembilan jam. Bila tamat live, jumlah keseluruhan mencecah RM2.5 juta. Memang rasa segala penat lelah sepanjang kempen ini sangat berbaloi,” katanya.

Dalam meraikan kejayaan itu, Alha turut merakamkan penghargaan kepada pelanggan serta seluruh pasukan di belakang tabir yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan kempen berkenaan.

“Pelanggan ada banyak pilihan. Jadi, apabila mereka pilih Alha Alfa Cosmetics, kepercayaan itu memang kami hargai. Kepada semua yang membeli, menonton live, berkongsi dan menyokong, terima kasih banyak-banyak.

“Pasukan kami pun bekerja keras untuk menjayakan kempen ini. Yang orang nampak ialah mereka yang berada di depan kamera, tetapi ramai lagi yang bekerja di belakang tabir. Kejayaan ini milik kita bersama,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Alha menyifatkan pencapaian tersebut sebagai pembakar semangat untuk terus memberikan yang terbaik selain memastikan kepercayaan pelanggan terhadap jenamanya sentiasa terpelihara.

“Seronok dapat pecah rekod, tetapi kepercayaan pelanggan itu yang kami mahu terus jaga. Kami nak pelanggan puas hati dan terus yakin memilih Alha Alfa Cosmetics,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement