Laman Utama
“Anak Dah Boleh Keluar Wad, Shahrol Sepatutnya Keluar Hari Ni Tapi…” – Isteri Shahrol Shiro
Isteri kepada pelawak Shahrol Shiro, Nor Farhanan Syamimi mengesahkan suaminya dimasukkan ke wad pada Ahad lalu kerana sinusitis.
Nor Farhanan atau lebih mesra disapa Anna itu berkata Shahrol dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan kali ketiga sinusitis.
“Shahrol ditahan di wad sejak Ahad lalu selepas tiga minggu menahan sakit, sampai tak boleh nak tidur malam pun.
“Itu yang pergi hospital dan scan…Tengok-tengok dah ada nanah di rongga hidung dan mata. Shahrol menjalani pembedahan pada Selalu lalu untuk membuang nanah tersebut.
“Setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik. Sepatutnya dah boleh balik hari ni tapi masih ada pendarahan, mungkin dalam dua tiga hari ini dibenarkan pulang.
“Harap-harap sinus dia okay selepas kali ketiga pembedahan ini,” katanya.
Sementara itu ketika ditanya mengenai keadaan anak kedua mereka, Ismail Rifqi, 8 bulan, yang juga sedang dirawat di hospital, Anna berkata keadaannya sudah semakin baik.
“Alhamdulillah, Ismail sebenarnya mengalami demam panas ketika ayah dia dimasukkan ke hospital Ahad lalu.
“Namun selepas dua hari memantau, keadaan Ismail nampak membimbangkan dan dia ditahan di wad.
“Dalam masa sama saya juga risaukan Rizqi (anak sulung). Mujur kakak saya ada dan dia yang jaga Rizqi sepanjang saya menemani Ismail di hospital.
“Ismail dah boleh keluar hari ini dah semakin ceria,” katanya.
Dalam pada itu Anna mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan suami dan anaknya.
“Insya-Allah, Shahrol baik-baik sahaja. Terima kasih yang beri kata-kata semangat dan positif buat suami.
“Kepada yang mendoakan Ismail juga, terima kasih ya,” katanya dalam nada terharu.
Terdahulu, Shahrol berkongsi mengenai perkembangan terkininya di hospital menerusi laman sosial Instagram (IG)nya.
Dalam entri tersebut Shahrol memohon maaf kepada semua yang tidak dapat menghubunginya sejak tiga hari lalu.
Must-Watch Video