gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Selepas Hampir Seminggu ‘Kunci Mulut’, Bella Astillah Akhirnya Bersuara - “Saya Pilih Untuk…”
HIBURAN
Nadin Amizah Selamat Jadi Isteri Faishal Tanjung Pada Usia 25 Tahun
HIBURAN
Andy Teh Terkejut Disapa ‘Daddy’ Oleh Peminat Wanita - “Daddy Ni Lain Macam”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Anak Dapat 1A, Sharifah Shahirah Tetap Bangga! - "Tetap Kemenangan, Semua Subjek Lulus Tapi Saya Pelik ..."

Amri Hassan
Amri Hassan
26/04/2025
03:45 MYT
Sponsor Banner
Anak Dapat 1A, Sharifah Shahirah Tetap Bangga! - "Tetap Kemenangan, Semua Subjek Lulus Tapi Saya Pelik ..."
Penyampai radio popular, Sharifah Shahirah atau Shiera, 51, meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak perempuannya, Airra Zulkifli, 18, selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam.
Menurut Shiera, beliau tetap menganggap ia satu kejayaan kerana Airra berjaya lulus semua subjek, walaupun hanya memperoleh satu A dalam Bahasa Inggeris.
“Satu A pun tetap kemenangan! Semua subjek lulus. Sejarah dapat B, tapi Kimia E. Saya pun pelik kenapa Airra ambil Kimia, padahal dia memang minat melukis. Sepatutnya ambil Lukisan,” katanya.
Perkongsian itu dibuat Shiera menerusi hantaran di TikTok Sinar FM.
Shiera turut hadir sendiri ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Hulu Klang, untuk mengambil slip keputusan anak kesayangannya.
View this post on Instagram
A post shared by SINAR (@sinar_my)
Namun begitu, Airra tidak dapat menemani ibunya kerana sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Langkawi, Kedah.
"Anak saya sudah semak keputusan secara dalam talian. Dia sebenarnya tak tahu hari ini keputusan diumumkan sebab tiket kapal terbang dah dibeli awal.
"Tak mengapa, saya tetap datang ke sekolah untuk ambil keputusan rasmi," kata Shiera lagi.
Topic Berkaitan
#Anak
#SPM
#Sharifah Shahirah
#Shiera
#Keputusan
#Lulus
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement