Polemik rumah tangga pelawak dan pengacara Shuk Sahar dilihat seperti tidak berpenghujung.
Ada sahaja rentetan isu terbaharu yang terkait dengan dirinya sejak ditangkap curang tidak beberapa lama dahulu.
Sungguhpun masih belum dipastikan status terkini antara Shuk dan isterinya, Sera, namun, banyak dalam kalangan pengikut di media sosial meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita berkenaan.
Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Sera melahirkan rasa sedih apabila melihat anak kecilnya menangis merindui Shuk.
“Perkara yang paling sakit ialah mendengar tangisan seorang anak yang merindui ayahnya. Ya Allah, berikanlah kekuatan buat anak-anak ku. Jadikanlah aku seorang yang tabah untuk menjadi ayah buat Aimi Ain,” tulis Sera.
Menerusi ruangan komen, kelihatan ramai yang melahirkan rasa simpati, selain ada juga yang mengkritik Shuk.
“Anak dibiarkan. Sibuk enjoy dengan perempuan lain,” getus seorang netizen.
“Ya Allah berikan kekuatan dan kesabaran buat Kak Sera dalam membesarkan anak tanpa seorang suami dan ayah. Semoga ada sinar kebahagiaan suatu hari nanti,” tulis seorang lagi pengikutnya.
Terdahulu, Sera dilihat pergi Mahkamah Syariah Jalan Duta. Namun, wanita itu mengunci mulut mengenai tujuannya ke sana.
Izwan Isa
Sat Apr 09 2022


Suspek Kelar Isteri & Anak Usia 44 Hari Dipercayai Alami Tekanan & Desakan Hidup
Apa nak jadi...

Jadi Penjual Sayur Di Pasar Siti Khadijah, Fazura Teruja Sambut Aidiladha Di Kelantan - “Mesti Pandai Dah Kecek Kelate”
Raya Haji di Kelantan memang meriah.

Penyanyi Lagu Widuri, Bob Tutupoly Meninggal Dunia
Salam takziah.

“Kalau Tengah Miang, Pi La Cari Bini..” - Caprice Selar Tindakan Lelaki Peluk Wanita Air Buah Tular, Ucap Salam Takziah
Air buah mana-mana pun ada.

Ada Adegan Terbang Macam Mak Lampir & Kelibat Shuk Sahar! Netizen Lega Versi Asal Mat Kilau Tak Diteruskan
Netizen viralkan video behind the scene Mat Kilau versi asal
![[VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar [VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/kzrsulfe.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar
Netizen kecewa?

Video Lama Viral Kembali, ‘Kakak Kedai Makan’ Di Terengganu Pernah Ramas Kemaluan Pelanggan?
Dahsyat!

Dr Malar Tolak Pelaksanaan Cadangan Kerja 4 Hari Seminggu, Sebaliknya…
Dr Malar mencadangkan cara lain

Usia Hampir 50 Tahun, Jang Hyuk & Kim Jong Kook Masih Ketagih Bersenam! Lakukan Rutin Dua Jam Setiap Pagi
Jang Hyuk dengan Jong Kook ni memang jaga badan.
.jpg?ext=.jpg)
14 Tahun Janda, Yuni Shara ‘Boleh Kenal’ Lelaki Hanya Dengan Berbual 5 Minit
Penyanyi Yuni Shara mengaku kerana telah terlalu lama hidup sendiri atau menjanda, dirinya sudah kekok untuk kembali menjalin cinta.