Pelakon jelita, Jasmin Hamid meluahkan kekesalannya terhadap seorang individu yang mengejek anak perempuannya menerusi ruangan komen di Instagram (IG).

Individu itu mengejek anak perempuan Jasmin kelihatan seperti seorang bapok.

Perkara itu dikongsi Jasmin menerusi entri di akaun IGnya hari ini.

"Kesian pada pemilik akaun ini kerana penampilannya tidak selari dengan akhlaknya, amat keji akhlaknya!

"Hanya menutup rambutnya tetapi terlupa untuk menutup hati dan imannya.

"Mungkin paras rupa kamu jauh lebih cantik dari anak perempuan saya yang macam bapok bak kata kamu, tapi hati kamu jauh lebih busuk.

"Jika Allah buka aib kamu, sudah pasti tidak ada sesiapa yang akan dekat dengan kamu," tulis Jasmin sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta Jasmin untuk bersabar dan tidak mempedulikan individu terbabit.

KEPADA PARA MANUSIA YANG BERHATI HITAM, HATI -HATI BILA NAK KOMEN KERANA SEGALANYA AKAN DI HISAB KELAK.. SUDAH PASTI SAYA AKAN BLOCK DAN AMBIL TINDAKAN PADA ORANG-ORANG SEPERTI INI SEBELUM IA MENJADI WABAK DAN MEREBAK DI LAMAN SOSIAL SAYA.. . . KESIAN kepada pemilik account ni kerana PENAMPILANNYA TAK SELARI DENGAN AKHLAKNYA.. AMAT KEJI AKHLAKNYA! Hanya menutup rambutnya tapi terlupa untuk MENUTUP HATI DAN IMANNYA! MUNGKIN PARAS RUPA KAMU JAUH LEBIH CANTIK DARI ANAK PEREMPUAN SAYA YANG MACAM BAPOK BAK KATA KAMU TAPI HATI KAMU JAUH LEBIH BUSUK..JIKA ALLAH BUKA AIB KAMU, SUDAH PASTI TIDAK ADA SESIAPA YANG AKAN DEKAT DENGAN KAMU.. JANGAN PERNAH MERASA SOMBONG DENGAN KELEBIHAN YANG ALLAH BERIKAN KEPADA KAMU sehingga sanggup MENGHINA orang lain. . TERIMA KASIH kerana kamu TELAH PINDAHKAN PAHALAMU kepada ANAK PEREMPUAN SAYA.. KAMU TIDAK TAHU ASAL USUL ANAK PEREMPUAN SAYA.. Bila kamu tahu, pastinya kamu AKAN MENYESAL SEUMUR HIDUP kamu kerana kamu telah MENCELA ANAK YATIM ?. Saya boleh telan lagi bila manusia MENCELA saya tapi saya akan BANGUN UNTUK MEMBELA bilamana ada manusia yang berakhlak KEJI ,MENCELA keluarga saya yang tidak pernah melakukan kesalahan kepada mereka .. ? . . Jika kamu seorang MUSLIMIN dan MUSLIMAT yang BERIMAN, pastinya kamu TIDAK BERANI MENCELA orang lain kerana kamu tidak mahu MALAIKAT ATID sibuk mencatat keburukan kamu.. Setiap lisan dan ucapan, akan DI HISAB! . . Tujuan saya post tentang ini untuk WARNING pada NEGATIVE NETIZEN supaya lebih berhati -hati bila nak komen di WALL SAYA.. Semua FOLLOWERS SAYA adalah POSITIVE! Jangan hanya kamu fikir, kamu orang awam, kamu boleh MENCELA sesuka hati di WALL ARTIS! (bukan RETIS) Saya sudah lakukan tindakan yang sepatutnya dengan ACCOUNT kamu.. Semoga Allah berikan kamu HIDAYAH untuk menjadi seorang yang lebih beriman dan MATI DALAM HUSNUL KHATIMAH! . . #netizen #mencelaoranglain #mencela #Muslim #netizen #malaikatatid #transferpahala #hebatbukan

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on


Jasmin mulai aktif di industri hiburan Malaysia pada tahun 1990 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi bidang lakonan.