Laman Utama

Anak Elvina Mohamad Cedera Main Basikal Jatuh Masuk Longkang - “Panik Gila Tengok Darah Penuh…”

Asyikin Mayudin
28/02/2023
09:57 MYT
Malang tidak berbau. Itulah yang terjadi kepada anak lelaki pelakon Datin Elvina Mohamad yang mengalami kecederaan di bahagian muka akibat jatuh longkang ketika bermain basikal.
Percaya pada naluri, Elvina memberitahu nasib baik suaminya memaksa anak mereka, Karl Mateen memakai helmet sebelum membawa basikal.
“Ya Allah macam nak tercabut jantung ni semalam. Karl accident masuk longkang main basikal. Dan nasib baik sebelum main tu daddy dia paksa suruh pakai helmet dulu baru boleh play basikal.
“Betullah orang kata instinct ibu bapa ni kuat, kalau tak pakai helmet tak tahu la apa jadi… Karl, Karl,” kongsi Elvina menerusi laman sosial miliknya.
Bagaimanapun, anak sulung Elvina seperti tidak berasa serik malah tetap berani bermain basikal lagi pada keesokan harinya.
“Wahai anakku, jantung mommy ni macam nak tercabut semalam berlari masa you jatuh masuk longkang tu. Tapi masih ya pagi ni bangun-bangun cari / check basikal dulu.
“Haihhh tak serik-serik. Panik gila semalam tengok darah penuh kat mulut dan hidung. Alhamdulillah nasib baik cedera luka di luar sahaja, tak ada patah-patah tiada yang serious.
“Daddy dia nak bagi sedap hati I cakap ‘anak lelaki memang macam ni, baru jantan’. Oh no! Rasa macam nak sorok semua basikal moto semua tu tak nak bagi main dah,” kata Elvina.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elvina Pernah Alami Mental Breakdown Ketika Jaga Anak Sakit

gempak
07/07/2024
02:55 MYT
Sepanjang lima tahun menjadi seorang ibu, pelakon Datin Elvina Mohamad berkongsi detik-detik kepayahan yang pernah dihadapi semasa menjaga cahaya matanya.
Hiburan

"Balik Jer Tidur Mesti Kena Tindih, Sampai Tak Boleh Bernafas" - Elvina Mohamad

gempak
08/02/2024
03:00 MYT
Takutnya...
Hiburan

Elvina, Zahiril Nampak 'Benda' Ketika Shooting Filem Waruga!

gempak
23/01/2024
14:40 MYT
Waruga bermaksud tempat persemadian mayat atau makam (kubur) orang yang meninggal dunia bagi kaum Minahasa yang wujud di Indonesia.
Laman Utama

“Baby Maleeq Nak Juga Keluar Sebelum Raya,” - Elvina Mohamad Syukur, Selamat Bersalin Seminggu Awal

gempak
24/04/2023
08:50 MYT
Sempat baby nak raya sekali tu hehe.
Laman Utama

Hot Mummy! Netizen Puji Foto ‘Maternity’ Elvina Mohamad - “Dia Mengandung Cantik Betul… Aku Dah Rupa Mak Lampir”

gempak
05/04/2023
08:51 MYT
Cantik Elvina!