,
Laman Utama

Anak Madonna Yakin Tayang Bulu Ketiak Di Met Gala 2021

Maliah Surip
16/09/2021
14:45 MYT
Gaya selebriti yang hadir ke acara Met Gala 2021 masih terus diperkatakan biarpun telah berakhir beberapa hari lalu.
Selain penampilan kontroversi personaliti Kim Kardashian yang membalut tubuhnya dari kepada sehingga hujung kaki dalam busana hasil rekaan Pengarah Kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia yang menjadi sensasi, kehadiran beberapa selebriti lain dengan gaya di luar jangka turut mencuri perhatian.
Salah satu yang mencuri tumpuan pada permaidani merah majlis tersebut adalah penampilan anak perempuan diva Madonna, Lourdes Leon.
Bukan busana seperti sari berwarna merah jambu dengan perincian khas dari jenama Moschino yang menjadi buah mulut, tetapi aksi aksi yang sengaja dipamerkan kepada barisan jurugambar membuatkan nilai foto Lourdes menjadi bernilai.
Pada salah satu pose yang diberikan Lourdess, perempuan tersebut dilihat telah mengangkat tangan dan sengaja mempamerkan bulu ketiaknya yang tidak dicukur.
Meski demikian, ini bukanlah kami pertama Lourdes menayang buku ketiaknya kepada umum. Pada April lalu, perempuan berusia 24 tahun ini juga dilihat mempamerkan bulu ketiak yang tidak dicukur dalam potret dirinya bersama Madonna.
Terdahulu, pada sekitar tahun 2018, Lourdes juga sudah menunjukkan bulu ketiaknya kepada umum.
Perlakuannya itu seperti mengikut jejak langkah sang ibu, Madonna yang pernah mengaku tidak mencukur bulu ketiak sebagai satu langkah menjadi 'lain dari rakan wanita lain' sewaktu di sekolah.
Malah, Madonna membuktikan sehingga namanya harum di dunia, dia juga masih tidak bercukur. Madonna mempamerkan bulu ketiaknya yang tidak dicukur pada tahun 2014.
Selain itu penyanyi Miley Cyrus juga pernah mempamerkan bulu ketiak yang diwarnakan. Lady Gaga sewaktu muncul dalam Music Video Awards 2011, pelantun dengan hits Poker Face itu juga mempamerkan bulu ketiak lebat warna biru yang senada dengan warna rambutnya.
Kredit Foto: Getty Images
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad

gempak
05/05/2024
08:45 MYT
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Hollywood

Vanessa Hudgens Beri Kejutan, Tayang Kehamilan Di Oscars 2024

gempak
11/03/2024
04:32 MYT
Hollywood sedang meraikan anugerah berprestij, Oscar 2024 di Dolby Theatre.
Hollywood

Madonna Terlentang Jatuh Kerusi Atas Pentas

gempak
20/02/2024
14:21 MYT
Penyanyi sensasi Madonna baru mengalami insiden yang memalukan.
Laman Utama

Madonna Dedah Koma 48 Jam Selepas Jatuh, Dakwa Selamat Dijaga Malaikat

gempak
20/12/2023
14:36 MYT
Madonna berkongsi pengalaman insiden dirinya jatuh sakit sehingga koma selama dua hari
Laman Utama

Madonna 'Sidai' Peminat 3 Jam!

gempak
16/12/2023
01:56 MYT
Boleh spoiled mood!