Usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad tampil berkongsi sepotong video memaparkan anak perempuannya menangis ketakutan melihat 'friend' di atas almari di kediaman mereka.
Biarpun tidak nampak dengan mata kasar, namun Hafiz percaya, apa yang dilihat anaknya itu benar-benar wujud.
"Hari yang sama saya berangkat ke umrah, pagi tu anak saya demam panas dan tunjukkan sesuatu. Anak kecil tak pandai menipu, anak saya akan terlatih lebih kuat lepas ni.
"Selepas saya dan isteri saya kena, saya terus berdiam dan cukup saya kongsikan keadaan kami waktu tu untuk sahabat tidak takut bila berdepan dengan situasi macamni.
"Dengan izin isteri, saya kongsikan untuk sesiapa yang terkena dan awak harus kuat," tulis Hafiz yang masih berada di Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah ketika ini.
Kata Hafiz, dia dan keluarga terus kuat dan tidak patah semangat untuk melawan perkara mistik sedemikian seperti yang pernah dilaluinya dan isteri, Syafiqah Aina sebelum ini.
Malah, Hafiz mendoakan agar pihak yang cuba menganiaya keluarga agar dilembutkan hati dan sudah sedia memaafkan mereka.
"Ada yang kata ini akibat menunjuk. Carilah di media sosial saya harta kemewahan apa yang saya pernah kongsikan?
"Tak pernah selain senyuman isteri, anak dan sahabat saya. Sama seperti orang lain.
"Saya faham hati manusia tak boleh dikawal. Jangan getar dan terus yakin, kita kuat.
"Jika kamu menganiaya keluarga saya, saya mohon maaf kalau ada kekurangan. Ketahui satu perkara, selagi nafas dan kudratku masih ada, mereka akan terus senyum," tambahnya.
Terdahulu, Hafiz dan Aina pernah mendapatkan rawatan perubatan Islam apabila hubungan mereka semakin renggang dan 'panas'.
BACA: "Diri Saya Tiada Apa-Apa Untuk Didengkikan" - Hafiz Mahamad & Isteri Terkena Buatan Orang
Malah, Hafiz mendakwa pernah beberapa kali 'diganggu' dengan kelibat lembaga di dalam rumah mereka.
Amri Hassan
Sat May 21 2022

.jpg?ext=.jpg)
"Saya Pernah Dapat Gambar K**ek Pagi-Pagi" - Tiz Zaqyah
Takutnya dengar cerita Tiz Zaqyah

Rakan Dah Minta Saman Dari Awal, Tapi Puteri Sarah: “Siapa Nak bayar? Perempuan Tu Tak Kerja, Bapak Dia Ada Sakit”
Ini kisah rakan Puteri Sarah

Pawagam Larang Gentleminions Masuk Wayang Tengok Minions
Prekuel filem Minions: The Rise of Gru sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

"Mesti Teringat Zaman Suami Isteri"- Suruh Move On, Netizen Minta Abby Abadi Tak Selalu Jumpa Norman
"Cerai pun sebab dicurangi"- Netizen

Telefilem & Dokumenari Menarik Untuk Anda Saksikan Di Astro Oasis Sepanjang Hari Raya Aidiladha Tahun Ini
Rancangan menarik Hari Raya Aidiladha

Alan Walker Turun Sarawak Sempena Borneo Music Festival Live 2022!
Alan Walker popular dengan lagu Faded!

Penggambaran 35mm Pernah Dihentikan Sebanyak Dua Kali Sebab…
Cabaran membawa hasil yang baik

"Lepas Ada Anak, Saya Fikir Pendidikan Agama Islam Untuk Masa Depan" - PU Riz Perkenal Islah Junior
Ada apa dengan Islah Junior?

"Kisah Wayang S**l..." - Nam Ron Dedah Situasi Sebenar Industri Filem Yang Ramai Tak Tahu
Nam Ron dedah realiti anak wayang.
![[VIDEO] Prank Permainkan Tudung, Youtuber Ini Ditempelak Netizen - “Memang Lahir Terus Benak Ke Apa?” [VIDEO] Prank Permainkan Tudung, Youtuber Ini Ditempelak Netizen - “Memang Lahir Terus Benak Ke Apa?”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/tudungfe.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Prank Permainkan Tudung, Youtuber Ini Ditempelak Netizen - “Memang Lahir Terus Benak Ke Apa?”
Tak baik betul