Single terbaru Masa yang dibawakan oleh empat anak muda iaitu Baal, Amzeeq, Yonnyboii dan Izhar adalah sebuah karya dengan tajuk yang sangat besar dan boleh dikaitkan dengan urusan seharian kita.
Pengurusan masa dalam hidup adalah sangat penting lebih-lebih lagi pada zaman pandemik yang sedang kita hadapi.
Lebih menarik, Amzeeq berpendapat anak-anak muda masa kini lebih suka membuang masa dengan melakukan perkara yang kurang berfaedah.
“Tujuan lagu ditulis adalah untuk lebih menggalakkan mereka untuk bertindak keluar daripada ‘kotak malas’ sementara masih muda.
“Zaman muda ni zaman kena pulun! Biar tak selalu asalkan ada progres, tujuan saya bawakan lagu ini adalah untuk mengajak anak-anak muda lebih bersemangat untuk mengejar cita-cita dan impian mereka dalam apa jua bidang yang diminati” katanya.
Sementara itu bagi Baal pula, lagu Masa sangat bersesuaian untuk dijamu kepada para pendengar kerana ia telah disuntik dengan isi tersurat dan tersirat.
“Pendengar sedikit sebanyak dapat menikmati karya karya anak muda yang lebih untuk memberi ikhtibar mahupun nasihat dengan nyanyian.
“Harapan saya ialah untuk mengubah persepsi anak-anak muda yang masih mempunyai peluang, membentuk kehidupan mereka dengan lebih sempurna.
“Sayang kerana mereka mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin yang hebat untuk suatu masa akan datang.
“Walau bagaimanapun, perubahan perlu dilakukan dengan usaha dan saya berharap lagu Masa dapat membuka ruang-ruang yang baru dan berbaloi” kata Baal.
Izhar pula menyatakan dia dijemput oleh Baal dan Amzeeq ke studio untuk bekerjasama dalam lagu ini pada 23 Februari tahun lalu, dan berjaya menyiapkan penulisan dan rakaman ‘verse’nya pada waktu itu juga.
“Mereka begitu baik sekali dan membuat saya selesa untuk bekerja. Ini adalah pertama kali saya bekerjasama dengan mereka dan saya rasa beruntung dapat meluahkan perasaan saya melalui lagu ini.
“Terima kasih kepada Baal dan Amzeeq kerana sudi mengajak saya untuk berkolaborasi bersama Yonnyboii dan berkerjasama untuk lagu ini” kata Izhar.
Tambah Izhar lagi, lagu Masa tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun antara yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
“Ia hanya menceritakan tentang diri sendiri ketika berada di tempat yang sukar dan menghadapi kekangan hidup susah.
“Harapan saya untuk lagu Masa, cukuplah kalau keluarga saya dan rakan-rakan saya suka, dan berharap agar lagu ini diterima oleh semua dan mendapat sambutan dari peminat scene hip hop ‘underground’ Malaysia” katanya.
Masa kini sudah tersedia di semua pelantar pengstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 5 Mac lalu.
Fiza Kamarudin
Mon Mar 08 2021


Pandelela Rinong Takut Jarum Sejak Kecil, Farah Ann Rasa Lebih Selamat Selepas Ambil Vaksin
Jom daftar vaksin!

"Sumpah Seram Weh" - Rasa Meremang, Penonton Tak Berani Tonton Filem Penunggang Agama Pada Siang Hari
Siang hari pun tak berani tengok sorang!

"Pernah Doa Nak Sebut Nama Allah Dalam Lagu Tapi Selalu Tak Jadi" - Sam Bunkface
Bila punk rock bertemu pop nasyid!

"Nak Tidur Tu Boleh Tidur, Tapi Jangan Tinggal Solat" - Alvin Chong Turut Berpuasa, Suka Makan Buah Kurma
Siap tinggal pesanan tu...

Paranoid Dengan Kes Dera, Fazura Bersyukur Jaga Anak Sendiri: "Ada Parents Yang Tak Ada Choice..."
Anak sulung Fazura dan Fattah, Fatima kini berusia 6 bulan

Roslan Shah Kecewa Orang Islam Singapura Selamba Merokok & Makan Tempat Awam - "Kalau Tak Puasa Cik Lan Makan ..."
Roslan Shah mengaku dirinya pun tak sempurna, ada je terbabas tak puasa...

Awas! Gelombang Keempat Penularan Covid-19
Semoga kita semua dilindungi...

Balas Balik Surprise! Nadzmi Terima Kereta Mewah Berharga RM291,000 Daripada Ardell - "Hari Lahir Kau Tapi Aku Yang Dapat Hadiah ..."
Dari kawan dulu sampai sekarang kau tak pernah gagal buat kejutan.

Tolongin Dong! Dinar Candy Bingung Nih Mau Unggah Foto di Sosial Media
Memasuki bulan suci Ramadhan selebritis Dinar Candy tiba-tiba bingung mau unggah fotonya di akun sosial media miliknya.

Istri Rizky 2R Positif Covid-19 Saat Lahiran Anak Pertama
Rizki Syafaruddin alias Rizki 2R dikaruniai anak pertama dengan Nadya Mustika dari pernikahan mereka yang digelar pada 17 Juli 2020 lalu.