Laman Utama
Anak Muka Macam Korea Terkenan Running Man, Netizen Tuduh Isteri Berzina Dengan Lelaki Lain? - "Komen Seperti Orang Tak Ada Otak!"
Tular baru-baru ini perkongsian sepasang suami isteri yang dikurniakan seorang cahaya mata yang mirip orang Korea.
Wajah comel Nur Ziyyad Muhammad berjaya mencairkan ramai hati netizen selepas dikatakan ibunya terkenan wajah Korea apabila kerap menonton rancangan realiti TV popular, Running Man ketika hamil.
Bagaimanapun, ada khabar yang tidak menyenangkan baru-baru ini apabila ada segelintir netizen yang bertindak menulis komen berbaur fitnah terhadap pasangan itu.
Memuat naik kekesalan terhadap tindakan melampau itu di TikTok, kata Azirul, dia terguris dengan komen yang mengatakan isterinya berzina dengan lelaki lain.
"Komen seperti orang yang tak ada otak dan tak ada agama, apa yang diorang cuba nak sampaikan kat sini sepertinya isteri saya berzina dengan orang lain.
"Perkara sebegini sangat melukakan hati saya sebab itu darah daging saya, zuriat saya, anak saya dikeluarkan kenyataan tak masuk akal begini," katanya.
@bapaknsuami0rang
Tolong panjang video ni sahabat2 sekalian.Tempoh 5hari sahaja jika tidak..Faham2 lah sendiri..#diam2UbiBerisi♬ original sound - Bapak&SuamiOrang
Justeru, Azirul yang merupakan seorang anggota polis menegaskan dia tidak teragak-agak untuk menyaman pengguna yang menulis komen-komen melampau.
"Dekat saya ada lagi 20 lebih ke 30 bukti page ataupun profile yang saya simpan, saya beri tempoh sehingga 5 Mac.
"5 hari sahaja jika tidak saya akan buat laporan polis kerana bukti sudah ada dan saya tak teragak-agak nak menyaman kerana ini telah membuatkan saya marah dan keluarga saya dipandang hina," tambahnya.
@bapaknsuami0rang
#shouldbeme Terima kasih semua ❤️❤️❤️?????♬ original sound - Bapak&SuamiOrang
Must-Watch Video