,
Hiburan

"Anak Perempuan Tunggal Dia Bakal Lahirkan Anak Pertama" - Fazura Sayu Kenang Pemergian Bapa

Asraf Aided
18/06/2020
10:30 MYT
Pelakon popular Nur Fazura mengenang pemergian arwah bapanya, Sharifuddin Adnan sempena tarikh hari lahir Allahyarham semalam.
Fazura turut meluahkan rasa sayu membayangkan jika bapanya sempat melihat dirinya yang kini sedang hamil.
"Hari ini (semalam) merupakan hari lahir Allahyarham Papa, sekiranya dia masih ada, umurnya akan memasuki 64 tahun.
"Tahun ini rasa sayu yang luar biasa, mengenangkan apa yang Papa rasa kalau dia ada depan saya sekarang, bila anak perempuan tunggalnya bakal melahirkan anak pertama.
"Rindu tak terkata, tapi saya tetap rasa dekat dengan Papa, syukur selalu dapat berdoa untuknya," tulis Fazura di Instagram.
Dalam pada itu, Fazura turut memohon orang ramai untuk menitipkan doa buat Allahyarham.
"Pohon saya, jika semua dapat titipkan doa buat Allahyarham Papa, Sharifuffin Bin Adnan, semoga rohnya sentiasa berada di dalam keredhaan dan kemuliaan Allah SWT," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut dan rakan selebriti Fazura telah menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan kebaikan buat Allahyarham.
Antara selebriti yang kelihatan meninggalkan komen adalah Ning Baizura, Nabila Huda, Elly Mazlein dan ramai lagi.

Hari ni merupakan hari lahir Allahyarham Papa. He would have been 64 today. Tahun ni rasa sayu yang luarbiasa, mengenangkan apa yang Papa rasa kalau dia ada depan Faz sekarang bila anak perempuan tunggalnya bakal melahirkan anak pertama. Rindu tak terkata. Tapi Faz tetap rasa dekat dengan Papa, syukur selalu dapat berdoa untuknya. Pohon Faz jika semua dapat titipkan doa buat Allahyarham papa.. Sharifuddin bin Adnan. Semoga rohnya sentiasa berada di dalam keredhaan dan kemuliaan Allah SWT. ??❤️? Faz turut bersedih atas pemergiaan teman baik arwah Papa yang sudah dianggap seperti bapa saudara Faz. Beliau telah berhijrah ke alam abadi lewat subuh semalam, sehari sebelum hari lahir Papa. Mari kita sama-sama mendoakan agar roh Mohamed Amin Bin Hussin dicucuri rahmat. Semoga isteri dan anak-anak yang dikasihi dikurniakan kekuatan dan ketenangan untuk melalui hari-hari yang akan datang. ???

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Sekadar makluman, usia kandungan Fazura kini telah memasuki enam bulan.
Terdahulu, Fazura mendirikan rumah tangga dengan aktor Fattah Amin pada 27 November 2017.
BACA : "Cantik...Berseri-Seri!" - Ramai Puji Imej Fazura Yang Sedang Hamil Enam Bulan!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama

gempak
14/09/2024
11:55 MYT
Video ucapan istimewa anak kepada pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-34 mencuri tumpuan netizen.
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.
Hiburan

Giliran Staf Fazura Pula Bersuara, Mohon ‘Penyondol’ Jangan Putar Belit Cerita - “Video Pengakuan, Gambar Hidden & Segala Aktiviti Tak Bermoral…”

gempak
14/09/2024
03:45 MYT
Susulan pendedahan pengawal peribadi Fazura mengenai isu rumah tangga pelakon itu, kali ini seorang lagi individu dipercayai pekerja aktres tersebut juga turut melakukan perkara yang sama.
Hiburan

“Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular

gempak
14/09/2024
03:12 MYT
Satu video temu bual berkaitan pelakon, Fattah Amin mengulas tentang isu orang ketiga dalam perhubungan kembali tular dalam media sosial.
Hiburan

Pengawal Peribadi Fazura ‘Spill The Tea’, Dakwa Fattah Amin Disondol Oleh Stylist?

gempak
14/09/2024
01:55 MYT
Susulan berita menggemparkan berkaitan pemfailan cerai yang dilakukan oleh aktres jelita, Fazura terhadap suami, Fattah Amin, timbul satu lagi pendedahan terhadap isu rumah tangga pasangan selebriti itu.