Zon Lawak
Anak Saudara Rahim Sepahtu, Danish Dinobat Sebagai Juara ‘Raja Lawak Junior’
Bakat komedi kanak-kanak, Muhammad Danish Haidir dinobatkan sebagai juara Raja Lawak Junior.
Gelaran tersebut sekaligus melayakkan Danish membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan hamper dari penaja utama, Carrie Junior serta baucar penginapan dari Hotel Tenera, Bangi.
Dalam pusingan pertama, Danish yang juga merupakan anak saudara kepada pelawak tanah air, Rahim Sepahtu mendapat ‘standing ovation’ dari juri tetap Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Adibah Noor.
Tambahan pula, Danish yang berusia 10 tahun itu juga dinobatkan sebagai ‘pick-up line master’ oleh Nabil Ahmad menerima tepukan gemuruh dari penonton untuk persembahan keduanya.
Malah, kedua-dua persembahannya juga diberikan 5 ‘Love’ dari juri!
Sementara itu, naib juara pula menjadi milik kumpulan TOJUD yang terdiri daripada Adam (Mohammad Adam Rayyan, 9), Daus (Firdaus Safwan, 8) dan Luqman (Luqman Hakim, 9) membawa pulang wang tunai RM10,000, hamper Carrie Junior serta baucar penginapan dari Hotel Tenera, Bangi
Tempat ketiga dirangkul oleh gandingan adik-beradik kumpulan RNR, Rifa (Rifa Rasyiqah, 11) dan Raisya (Rahadatul Raisya, 8) menerima wang tunai RM8,000, hamper Carrie Junior serta baucar penginapan dari Hotel Tenera, Bangi
Manakala tempat keempat pula dimiliki oleh Hanif (Muhammad Hanif Fikri, 15) dan membawa pulang RM5,000, hamper Carrie Junior dan baucar penginapan dari Hotel Tenera, Bangi.
Raja Lawak Junior yang bersiaran sejak 10 Ogos lalu di saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124) itu telah menyaksikan 10 peserta bersaing di pentas ‘Raja Lawak Junior’ yang terdiri daripada 6 pelawak solo dan 4 pelawak berkumpulan dalam lingkungan umur 7 hingga 15 tahun, selama 8 minggu berturut-turut.
Must-Watch Video