Berita

“Anak Saya Masih Dalam Keadaan Terkejut”- Bekas Isteri Eizlan Yusof

gempak
Syafiqah Jalal
12/07/2019
05:54 MYT
Sponsor Banner
“Anak Saya Masih Dalam Keadaan Terkejut”- Bekas Isteri Eizlan Yusof
Bekas isteri Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie mendedahkan anaknya, Zareef Yusof masih dalam keadaan terkejut selepas terlibat dalam kemalangan semalam.
Justeru, Vie Shanti meminta kepada semua pihak yang bertanyakan tentang khabar anaknya itu agar memberi mereka sedikit ruang.
“Innalillahiwainnailaihirojiun.
“Anak saya @zareefyusofofficial dan adik perempuan saya @zaaratiezazu terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke lokasi pengambaran 'Mak Cun' pagi ini..
“Syukur Alhamdulillah, diatas perlindungan Allah SWT mereka berdua tidak mengalami sebarang kecederaan serious..
“Saya mohon semua pihak yang tidak henti-henti call dan bertanyakan tentang khabar ini memberi dia masa dan sedikit ruang.. Kerana anak saya masih didalam keadaan terkejut.
“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas doa-doa kalian.. Terima Kasih juga saya ucapkan buat Kak @ermafatima kerana menjaga @zareefyusofofficial throughout the emergency situations,” tulisnya.
Vie Shanti berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Zareef, 9, terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama Mak Cun pagi semalam.
Menerusi entri tersebut, Vie memuat naik keadaan kereta yang dinaiki adiknya serta anaknya yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Rata-rata mendoakan agar anak dan adiknya segera sembuh dan dapat melupakan trauma yang dialami.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024