,
Laman Utama

Anak Shuib Pernah Tanya Kenapa Ramai Orang Tak Suka Watie…

Izwan Isa
13/12/2022
11:50 MYT
Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mendedahkan yang anak-anaknya pernah mempersoalkan mengapa segelintir individu tidak menyukai Watie Hanifiah, wanita yang didakwa kini rapat dengannya.
Shuib berkata, anak-anaknya sudah lama mengenali Watie dan mereka juga sudah selesa bersama.
“Kenapa orang tak suka dekat Aunty (Watie)? Apa salah dia? Anak saya cakap begitu.
“Jujurnya, anak-anak saya sudah lama mengenali Watie. Mereka pun mengunci mulut mengenai Watie. Tapi, apabila orang ramai dah tahu, mereka pula mengusik saya… dah kantoi,” katanya kepada Gempak.
Shuib berkata demikian ketika ditemui pada sidang media The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) yang berlangsung di ibu kota, Selasa.
Shuib menambah, soal perkahwinan merupakan satu hal yang sedih dan jika benar dia ingin berkenalan rapat dengan seseorang, sudah pasti dia akan meminta pandangan daripada ibunya.
“Kalau saya nak berkawan dengan seseorang, saya akan minta pandangan ibu. Sangat penting untuk ibu juga selesa dan merestui sesuatu hubungan.
“Paling takut kalau membelakangi keluarga sebab apa-apa pun kami akan berbincang bersama,” katanya.
Terdahulu, nama Shuib kembali diperkatakan apabila kelibat Watie muncul dalam gambar di sebuah restoran ketika dia sedang makan malam bersama anak-anaknya.
Ditanya benarkah bakal melangsungkan perkahwinan Mac depan, Shuib dengan tenang menafikan dakwaan tersebut.
“Kita kena berserah pada Allah, termasuk juga soal jodoh. Cuma kadang-kadang bila perkara itu tak betul saya kena cakap (perkara sebenar).
“Kalau ada perkara baik untuk masa akan datang saya mesti kongsikan. Saya tak suka bila orang cakap nak sorokkan perkara sebenar. Saya nak sorokkan apa?
“Bagaimanapun, sudah tentu saya nak yang terbaik untuk hidup saya. Saya sentiasa berdoa semoga Allah tunjukkan jalan dan hadirkan orang yang baik dalam hidup saya,” katanya menutup perbualan.
Selain Shuib, TMSM3 turut membariskan juri seperti Zul Ariffin, Elly Mazlein, Didie Alias, Emma Maembong dan Atoo.
Shuib bakal muncul sebagai juri menerusi TMSMY3 yang dijadualkan bersiaran pada 23 Disember depan di Astro Warna.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Anggap Shuib Suami Yang Hebat, Watie Hanifiah Pernah Jadi Seperti Netizen - “Kita Tak Ada Dalam Dunia Mereka…”

gempak
15/11/2024
06:25 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu usahawan Watie Hanifiah mengakui dia juga pernah menjadi seperti netizen yang akan menilai kehidupan selenbriti dengan hanya membaca berita yang dilaporkan.
Hiburan

Shuib Syukur Ada Peneman Di Mahkamah, Watie Hanifiah Siap Puasa Sunat - “Nak Minta Kat Allah…”

gempak
14/11/2024
23:55 MYT
Pelawak Shuib meluahkan rasa syukur apabila isterinya yang juga usahawan, Watie Hanifiah turut menemaninya di Mahkamah Sesyen pada Khamis.
Hiburan

‘Borong’ Minyak Wangi Di Makkah & Madinah, Shuib Belikan 2 Bagasi Untuk Watie Hanifiah - “Daddy Sokong Betul Bini Dia…”

gempak
06/11/2024
09:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah terharu apabila suaminya membelikan dua bagasi baharu supaya memudahkannya menyimpan minyak wangi yang dibeli di Makkah dan Madinah untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Hiburan

Imbau Momen Bersama Arwah Siti Sarah Di Tanah Suci, Shuib ‘Create’ Semula Foto Dengan Watie Hanifiah - “Tempat Yang Sama, Kisah Yang Berbeza”

gempak
01/11/2024
11:55 MYT
Perkongsian pelawak Shuib ketika berada di Tanah Suci, Makkah bersama isterinya iaitu usahawan Watie Hanifiah menarik perhatian netizen.
Hiburan

Kongsi Tips Berumah Tangga Dengan Lelaki Duda, Watie Hanifiah Kata Isteri Perlu Ada Pemikiran Positif - “Kena Tahu Dulu Apa Yang Kita…”

gempak
20/10/2024
02:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu usahawan dan pempengaruh media sosial, Watie Hanifiah berkongsi tips berumah tangga dengan seorang lelaki berstatus duda.
Unitar