Laman Utama
Anak Siti Sarah Bawa Tudung Ibunya Berjalan-Jalan Undang Sebak Netizen...
Sepotong video yang dikongsi pihak pengurusan Allahyarhamah Siti Sarah di akaun Instagram miliknya mengundang sebak dalam kalangan netizen.
Video tersebut memaparkan anak ketiga Allahyarhamah, Ariq Matin membawa tudung ibunya ketika berjalan-jalan.
"Nak berjalan pun bawa tudung ibu, alahai Ariq Matin anak manja ibu ini, sekarang dah besar dah jadi abang, pandai jaga adik dah.
"Asyik heret tudung arwah ibu ini, sepatutnya lancar bulan 8 tapi tak berkesempatan," tulis pihak pengurusan sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak melihat Matin yang sangat merindukan arwah ibunya itu.
"Allahuakbar, this is very touching.
"Sebaknya...
"Aku yang dah besar ni hilangnya ibu tersayang tak keruan dah, rasa dah hilang dunia ni, tambah anak kecil macam Matin kena tanggung semuanya.
"Semoga Matin jadi anak yang soleh, kuat macam arwah ibu ya nak," tulis wargamaya.
Terdahulu, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos akibat pandemik COVID-19.
Allahyarhamah meninggalkan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayas Affan yang dilahirkan sebelum pemergiannya.
*Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Must-Watch Video