,
Laman Utama

Anak Speech Delay, Ramai Puji Semangat & Positivity Shila Amzah! – “Ramai Orang Tanya Pasal Seth Punya Speech Delay…”

Fiza Kamarudin
28/04/2022
07:45 MYT
Penyanyi Shila Amzah dipuji pengikut di Instagram, kerana semangat dan positivitinya mencari solusi untuk masalah lambat bertutur dihadapi anaknya, Seth Uwais, 3.
Menurut Shila, Seth mempunyai masalah deria (sensory issues) dan perkembangannya lambat setahun berbanding kanak-kanak seusianya.
Menerusi hantaran di Instagram, Shila turut meminta ibu bapa yang mempunyai anak dengan masalah lambat bertutur, berkongsi tips dan informasi
“Ramai orang tanya pasal seth punya speech delay..He will be 3 years old in 31st of August.
“I was told that he has sensory issues sebab tu nak reach all the milestones macam budak-budak lain Seth agak lambat dalam setahun lebih.
“Siapa-siapa yang tanya untuk pergi therapy tu, therapist takkan terus suruh buat speech therapy dulu..akan start the occupational therapy dulu then baru speech therapy.
“Siapa-siapa yang ada therapy centre dekat-dekat dengan rumah masing-masing boleh suggest kat bawah ni okay? So we can share information sama-sama dengan all mommies,” katanya,
Tambah Shila lagi, anaknya juga disyaki Autism ketika menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), enam bulan lalu.
“Masa Sha pergi check kat HUKM, doktor kata Seth ada suspicion of autism, and that was 6 months ago.
“Honestly, environment sangat memainkan peranan yang penting…Bila tiada lagi anasir yang mengganggu tumbesaran dia, Insha-Allah kita just kena sabar..
“Seth went from no eye contact, kita cakap pun dia taknak layan..always in his own world ..Tak suka physical touch.
“Now clingy cuddly, Alhamdulillah,” katanya.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji dan memberi kata-kata semangat kepada penyanyi Patah Seribu itu.
“May Allah ease all struggle that we have for all of us especially single mother out here. Rezeki anak luas. He will be able explore more sooner in sya Allah. Stay strong Sha!,” komen seorang pengikut.
“I love how you patiently explain about Seth conditions. (You don't have to but you did it in a good way and spread awareness to other mommies too) I Love You!,” tulis seorang lagi.
Sumber/Foto: Instagram Shila Amzah, Seth Uwais
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar