Laman Utama

Anak Sulung Anzalna Takut Tak Disayangi Lagi Sebab Ada Adik; “Lama Mommy Tunggu Nak Dapatkan You, Eidrees”

gempak
Asyikin Mayudin
09/10/2022
08:56 MYT
Sponsor Banner
Anak Sulung Anzalna Takut Tak Disayangi Lagi Sebab Ada Adik; “Lama Mommy Tunggu Nak Dapatkan You, Eidrees”
Pelakon Anzalna Nasir mendedahkan anak sulungnya iaitu Mohamad Eidrees berasa bimbang jika tidak lagi menerima kasih sayang daripada ibunya disebabkan sudah mempunyai adik.
Sentiasa memberikan kasih sayang yang cukup, Anzalna berkata bukan mudah untuk dia mendapatkan Eidrees selain perlu berkorban bagi membesarkan putera sulungnya itu.
“Takut sangat mommy tak love dia sebab ada adik. Setiap hari tanya mommy love dia ke tak. Lama mommy tunggu nak dapatkan you Eidrees.
“Dan lama juga mommy tak kerja sebab nak membesarkan you. Soalan apakah ini! Haha,” tulis Anzalna.
Untuk info, Anzalna berkahwin dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Mohamad Eidreea (3) dan Mohamad Emirhan yang kini berusia lima bulan.
Dalam pada itu, Anzalna turut mengakui dia sukar untuk berjauhan dengan Eidrees yang sangat manja dengan dirinya.
“Tak boleh langsung berjauhan dengan dia. My clingy boy,” kata Anzalna.
Sementara itu, Anzalna turut berkongsi mengenai sikap anak lelakinya itu yang sentiasa ingin kelihatan kemas biarpun berjalan di tepi pantai.
“Siapa cakap I tak bawa sandals untuk Eidrees untuk jalan di pantai. Swim shoes pun I bawa tau! Eidrees sentiasa nak nampak kemas pergi pantai pun nak pakai kasut.
“Well, I don’t blame him, he got it from his mommy,” ujarnya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024