Pelakon Jasmin Hamid mendedahkan anaknya, Ian Haziq masih mempunyai datuk iaitu bapa kepada bekas suaminya, Ian Rashid Macquistan yang berdarah kacukan mat salih.
Jasmin bersyukur hubungan mereka masih baik dan anaknya mendapat kasih sayang seorang datuk meskipun dia dengan bekas suami sudah tidak bersama.
“Syukur Alhamdulilah, inilah keturunan Macquistan.. Big boss (anaknya) tak dapat ikut mata biru Grandpa tapi dapat ikut warna kulit je..
“Satu-satunya Grandpa yang Big Boss ada. Seorang yang positive dan supportive.
“Masih single walaupun dah enam tahun Grandma pulang menemui pencipta-Nya.. Pasangan yang romantik, katanya cintanya hanya untuk Grandma.
“Terima kasih Allah kerana pelihara kesihatan Grandpa. Semoga Allah panjangkan usia Grandpa dan mendapat pengakhiran hidup yang baik.. Di matikan dalam Husnul Khatimah,” tulisnya.
Jasmin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Jasmin memuat naik foto anaknya bersama bapa mentuanya.
Entri tersebut bagaimanapun mendapat perhatian pengikutnya yang tidak menyangka hubungannya dengan bapa mentua masih baik.
Malah ada yang berpendapat hubungan pasangan suami isteri dengan keluarga mentua akan berkekalan hingga selamanya meskipun sudah berpisah.
Jasmin dan Ian Rashid berpisah pada 4 Februari 2008 selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 15 Disember 2000.
Mereka dikurniakan Ian sebagai zuriat dan mempunyai dua orang anak angkat iaitu Rohana dan Luqman Hakim.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat