Kecoh pagi ini apabila ada yang mendakwa pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat, 78, telah menghembuskan nafasnya terakhir.

Berita tersebut tular di media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp.

Walaubagaimanapun, berita tersebut rupanya tidak benar dan palsu semata-mata.

Menurut anaknya Fauzi Jamali, 48, bapanya masih lagi hidup dan berada dalam keadaan baik.

"Itu berita palsu! Daripada Subuh saya terima banyak panggilan dan pertanyaan mengenai kesahihan berita itu.

"Janganlah sebarkan benda yang tak betul. Kalau mereka yang nak kongsi berita itu pun pastikan dapat daripada sumber yang benar,” katanya.

Tambahnya, keadaan ayahnya masih sama tapi Alhamdulillah sudah ada sedikit selera makan.

“Kita bagi dia makan sedikit tapi kerap. Dia masih lagi hidup dan kita doakan yang baik-baik untuk kesihatannya,” katanya.

Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di Facebook masih ada posting berkaitan pemergian Jamali Shadat.

Anda boleh lihat posting palsu tersebut di bawah.

Sekadar info, Jamali Shadat sebelum ini dikatakan mengalami masalah kesihatan seperti penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Menerusi laporan Sinar Harian, Jamali Shadat banyak mendiamkan diri, murung dan kerap tidur selepas kematian ibunya, Allahyarham Lela Yacob pada Jun 2018.

BACA : Kesihatan Terjejas, Datuk Jamali Shadat Hilang Selera Makan &...