Skip to main content

Filem

FFM35: Papa Zola The Movie Menang Filem Box Office

FFM35: Papa Zola The Movie Menang Filem Box Office

Sekilas

  • Filem animasi Papa Zola The Movie menang Anugerah Khas Filem Box Office di FFM35 malam ini.
  • Pengarah Nizam Abd Razak ucap terima kasih kepada pasukan Monsta, Astro Shaw dan 4.5 juta peminat Papa Zola.
  • Filem ini mencatat kutipan lebih RM68.2 juta di pawagam Malaysia, mengisahkan Papa Zola dan Mama Zila selamatkan anak mereka dari diculik makhluk asing.
Advertisement

Filem animasi Papa Zola The Movie meraih Anugerah Khas Filem Box Office pada Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) di Panggung Sari, Istana Budaya, malam ini.

Ketika menerima trofi, pengarah filem, Nizam Abd Razak menzahirkan penghargaan kepada pasukan Monsta dan Astro Shaw, selain berterima kasih kepada peminat yang menyokong karya berkenaan.

Advertisement

“Terima kasih kepada pasukan saya, Monsta, Astro Shaw dan kepada anda semua, 4.5 juta peminat Papa Zola. Terima kasih,” katanya.

Filem terbitan Monsta Studios dan Astro Shaw itu mengisahkan Papa Zola dan Mama Zila yang berusaha menyelamatkan anak mereka, Pipi Zola, selepas dia diculik makhluk asing.

Dalam kenyataan sebelum ini, Astro memaklumkan filem berkenaan mencatat kutipan melebihi RM68.2 juta di pawagam Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

MERCEDES - AMG PETRONAS FORMULA 1 TEAM ENGINEERS POLO - BLACK

MERCEDES - AMG PETRONAS FORMULA 1 TEAM ENGINEERS POLO - BLACK

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement