Skip to main content

Selebriti

“Saya Dah Bekerja Dengan Komposer Hebat Tetapi Orang Masih Tak Tahu Apa Yang Kita Hasilkan…” - Fatin Faishal

“Saya Dah Bekerja Dengan Komposer Hebat Tetapi Orang Masih Tak Tahu Apa Yang Kita Hasilkan…” - Fatin Faishal

Sekilas

  • Fatin Faishal akui perjalanan dalam industri muzik tidak mudah walaupun sudah menghasilkan banyak karya dan bekerjasama dengan komposer hebat.
  • Dia sedar bahawa selain lagu berkualiti, promosi dan sokongan berterusan sangat penting untuk menaikkan nama seorang artis.
  • Selain menyanyi, Fatin kini fokus pada perniagaan dan pengacaraan, namun tetap berhasrat untuk terus berkarya dalam muzik.
Advertisement

Penyanyi, Fatin Faishal mengakui perjalanan membina nama dalam industri muzik tidak semudah yang dibayangkan apabila banyak karya dihasilkan masih belum berjaya melonjakkan popularitinya seperti diharapkan.

Bagaimanapun, pengalaman berkenaan tidak pernah mematahkan semangat penyanyi yang pernah menerima pengiktirafan Artis Baru Baek ERA pada Mei 2021 itu untuk terus mengejar impian dalam bidang nyanyian.

Advertisement

“Saya pernah merasakan seolah-olah perjalanan seni saya terhenti sebelum sempat berkembang. Kita sudah ada lagu, sudah bekerja dengan komposer hebat, tetapi apabila peluang promosi terhad, orang tidak tahu apa yang kita hasilkan. Itu antara perkara paling mengecewakan sebagai penyanyi,” katanya kepada Gempak.

Fatin berkata demikian ketika menghadiri sidang media kempen BANGKIT: Bakat Yang Tak Pernah Padam di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH).

Dalam masa sama, Fatin turut menyedari seseorang artis bukan sahaja perlu dilengkapi dengan lagu yang berkualiti, namun promosi diri serta sokongan berterusan juga memainkan peranan penting dalam menaikkan nama.

Advertisement

“Apabila dapat bekerja dengan komposer dan penerbit muzik yang berpengalaman, saya rasa sangat bertuah. Tetapi dalam masa sama, saya belajar bahawa menghasilkan lagu yang bagus sahaja belum tentu cukup untuk memastikan seseorang penyanyi dikenali.

“Bakat perlu diberikan ruang, karya memerlukan promosi dan penyanyi juga perlukan sokongan berterusan. Kalau tidak, banyak lagu yang sebenarnya berpotensi akhirnya hanya didengari oleh kelompok kecil pendengar,” ujarnya.

Ketika perjalanan seni tidak berkembang seperti dirancang, Fatin mula memberikan tumpuan kepada bidang perniagaan selain mengembangkan kemahiran sebagai pengacara dan hos siaran langsung untuk pelbagai produk menerusi kerjasama bersama artis serta pempengaruh media sosial.

Pengalaman berkenaan bukan sahaja membuka sumber pendapatan lain, malah memberikan kelebihan kepadanya dari segi komunikasi, pengacaraan, keyakinan berhadapan kamera dan kebolehan mengendalikan sesi promosi secara langsung.

“Saya belajar untuk tidak bergantung kepada satu bidang sahaja. Bila peluang menyanyi tidak banyak, saya cuba membina kerjaya lain. Tetapi walaupun sibuk dengan perniagaan dan pengacaraan, hati saya tetap pada muzik. Saya masih mahu menyanyi,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement