Pelakon Datin Seri Umie Aida akui berbangga dengan pencapaian anak angkatnya, Mohd Daniel Firdaus, 24, yang menerima Ijazah Pengurusan Perniagaan di hari Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) ke-12, pada Sabtu.

Umie Aida menerusi akaun instagram(IG), meluahkan rasa terharu apabila anak angkatnya itu berjaya dalam pelajaran meskipun dibesarkan oleh seorang ibu yang baru berusia 20 tahun ketika Daniel diserahkan kepadanya.

Menerusi entri tersebut Umie memberitahu, satu tanggungjawab besar menjadi ibu di usia muda.

Namun susah senang yang dilalui menjadi kisah terindah dalam hidupnya.

Seusia me 20tahun me telah memikul tanggungjwp seorg ibu. Yeaa.. berat tanggungjawap mendidik & membesarkan anak2 masa seusia itu , lebih kurang mcm ibu tunggal. Susah senang , pahit manis adalah jalan cerita yang indah dalam hidup me. Alhamdulilah... Dan hari ini me bangga dgn percapaian anak2 me.. terima kasih @danialfirdaus12 & @dzulhelmy22 ? semoga berjaya dunia akhirat. #bachelorofbusiness #hons #proudofyou #unisel

A post shared by umieaida (@umieaida9) on


Rata-rata peminat dan pengikut IG berbangga dengan pencapaian anaknya itu dan turut mengucapkan tahniah.

Selain Daniel, Umie turut membesarkan seorang lagi anak angkat iaitu Mohd Dzulhelmy, 23.

Umie dan suami, Datuk Seri hairuddin Abu Hassan bernikah pada 14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Haram Mekah.

Foto: Instagram Umie Aida