,
Laman Utama

Anak Tim Allen, Elizabeth Allen Dick Menangis Berjaya Dapat Watak Dalam ‘The Santa Clauses’ - “Walaupun Dia Ayah Saya, Tapi…”

Asyikin Mayudin
11/11/2022
10:55 MYT
Anak kepada pelakon Tim Allen iaitu Elizabeth Allen-Dick menegaskan dia tidak menggunakan bapanya untuk mendapatkan watak dalam drama siri The Santa Clauses.
Bangga dapat bekerjasama dengan bapa sendiri buat kali pertama, Elizabeth berkata dia juga sama seperti pelakon lain melalui proses uji bakat sebelum ditawarkan untuk berlakon.
“Semuanya bermula ketika saya menjadi pelakon tambahan, dan dari situ saya mula jalani uji bakat. Saya sendiri tak jangka akan dapat menjadi sebahagian dalam siri tersebut.
“Saya tak terfikir pun akan dapat dan apabila saya dapat panggilan, saya mula menangis sebab tak sangka ia satu kejutan yang sangat besar yang tidak pernah dibayangkan.
“Saya tetap berbangga dapat bekerjasama dengan ayah dan semua pelakon yang sangat hebat. Saya sangat seronok bekerja dengan ayah. Tapi sudah tentu dia tidak beritahu apa yang saya perlu lakukan sebab dia mahu saya belajar sendiri.
“Walaupun dia ayah saya, tapi dalam set dia tak layan saya seperti anak tapi layanannya sama seperti pelakon-pelakon lain,” katanya.
Elizabeth yang memegang watak sebagai Sandra berkongsi perkara tersebut ketika sesi temu bual bersama media secara maya pada 2 November lalu.
Sementara itu, Tim turut menjelaskan dia tidak mempunyai kaitan dengan uji bakat anaknya dengan pihak produksi.
“Saya berkata kepada anak saya, apa saja yang anda mahu lakukan, saya tidak mahu ada kaitan dengannya. Tapi tak tahu macam mana, pihak produksi lakukan uji bakat dengannya.
“Tapi itu bukan idea daripada saya. Mungkin pihak produksi suka dengan bakatnya dan sesuai untuk watak dalam siri tersebut,” kata Tim.
Selain Elizabeth dan Tim, drama siri yang ditayangkan di Disney+ itu turut dibintangi oleh Elizabeth Mitchell, Kal Penn, Austin Kane, Rupali Redd, Devin Bright dan Matilda Lawler.
Siri itu mengisahkan tentang Scott Calvin (Tim Allen) bergelut untuk membahagikan masa bersama keluarga dan tugasnya sebagai Santa Claus.
Selepas menjadi Santa Claus selama hampir tiga puluh tahun, dia masih ceria seperti biasa namun sambutan Krismas merosot dalam populariti, begitu juga sihir Santanya.
Scott juga mempertimbangkan untuk berundur sebagai Santa Claus dan mencari pengganti yang layak supaya dia boleh menjadi bapa dan suami yang lebih baik.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

[VIDEO] Elizabeth Tan Mohon Maaf Terlanggar PM Secara Tak Sengaja - “Teruja Sangat Dapat Jumpa Sampai…”

gempak
14/04/2023
08:52 MYT
Insiden yang tidak disengajakan.
Laman Utama

Elizabeth Tan Dedah Alami Tompokan Botak Di Kepala- "Saya Tak Mahu Orang Kasihan..."

gempak
25/11/2022
07:25 MYT
Tapi Lizzy tetap cantik!
Laman Utama

[VIDEO] Aksi Elizabeth Tan Berlatih Dengan Jurulatih Untuk Watak Ejen Alice Tarik Perhatian Netizen; “Tolong Lock Tangan Saya, Patah Pun Tak Apa”

gempak
25/09/2022
03:55 MYT
Power juga Elizabeth Tan beraksi...
Laman Utama

Jom Strim Karya Anak Malaysia Di Disney+ Hotstar Sempena Merdeka, Ini Enam Nama Yang Harumkan Industri Animasi Persada Global

gempak
26/08/2022
08:49 MYT
Terima kasih anak Malaysia, kami bangga. Karya best-best ni guys.
Laman Utama

Disney+ Hotstar Kini Di Astro Ultra Box! Crazy Love, Encanto, Moon Knight Semuanya Boleh Ditonton

gempak
28/04/2022
08:44 MYT
Lovenya! Semua satu platform, cayalah Astro.