Skip to main content

Selebriti

Pernah Tidak Direstui Keluarga, Nadiya Nisaa Puji Kegigihan Adik, Aida Amron Dalam Industri Seni - “Dia Tak Mahu Malukan Saya…”

Pernah Tidak Direstui Keluarga, Nadiya Nisaa Puji Kegigihan Adik, Aida Amron Dalam Industri Seni - “Dia Tak Mahu Malukan Saya…”

Sekilas

  • Nadiya Nisaa memuji adiknya, Aida Amron, yang gigih mengejar impian dalam bidang lakonan walaupun keluarga pada awalnya tidak menyokong.
  • Aida terus menghadiri uji bakat dan kelas lakonan untuk menimba ilmu serta mencari peluang dalam industri seni tanpa mudah berputus asa.
  • Kegigihan Aida akhirnya membuahkan hasil apabila dia menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-35 menerusi filem Badak.
Advertisement

Pelakon, Nadiya Nisaa memuji kegigihan adiknya, Aida Amron yang berusaha mengejar impian dalam bidang lakonan meskipun pada awalnya tidak mendapat persetujuan keluarga.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nadiya berkata Aida memilih untuk berusaha sendiri dan tidak mudah berputus asa walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Advertisement

“Siapa sangka dikala keluarga kata tidak, dia memilih untuk diam dan tidak menyerah. Walau ramai tak tahu. Ya dia adik, saya kakak. Belajar sendiri, usaha sendiri. Pujuk hati. Daya tahan,” tulisnya.

Menurut Nadiya, Aida tetap menghadiri sesi uji bakat dan kelas lakonan untuk menimba ilmu serta mencari peluang dalam industri seni.

Malah, kegigihan adiknya itu akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya mendapat pengiktirafan di pentas anugerah.

Advertisement

“Siapa sangka dikala keluarga berkata tidak, dia tetap pergi ke uji bakat dan kelas lakonan. Cari ilmu dan jalan. Isi ruang kosong dalam diri. Tak mahu malukan kakak. Kegigihan.

“Siapa sangka dikala keluarga kata tidak, ada mimpi yang tak pernah patah sebab Mira kebal anak Badak.

“Mirah pilih Mira dan Mira bawa hingga ke penghujungnya sehingga mendapat pengiktirafan di pentas. Alhamdulillah,” ujarnya.

Dalam hantaran sama, Nadiya turut berkongsi foto Aida ketika menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) menerusi lakonannya dalam filem Badak.

Anda mungkin berminat dengan

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

Lovito Kardigan Santai Wanita Bergaris Kancing Depan Logam LNE36135 (Pelbagai Warna)

Lovito Kardigan Santai Wanita Bergaris Kancing Depan Logam LNE36135 (Pelbagai Warna)

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

ZEKE A0016 Men Polo Shirt Plain Cotton Microfiber Short-sleeved Loose Fit All-match Casual Lelaki Berkolar

ZEKE A0016 Men Polo Shirt Plain Cotton Microfiber Short-sleeved Loose Fit All-match Casual Lelaki Berkolar

(Refine by Lovito) Casual Top Ruffle Hem Spring/summer Black and White Top for Women LR12A232 (Refine by Lovito) Ruffle Ruffle Hem Koanga/raumati Top Pango me te Ma mo nga Wahine LR12A232

(Refine by Lovito) Casual Top Ruffle Hem Spring/summer Black and White Top for Women LR12A232 (Refine by Lovito) Ruffle Ruffle Hem Koanga/raumati Top Pango me te Ma mo nga Wahine LR12A232

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement