Laman Utama

“Anak-Anak Saya Tak Tahu Apa Yang Berlaku” - Puteri Sarah Enggan Anak-Anak Dikelilingi Mereka Yang Toksik

gempak
Izwan Isa
28/07/2022
00:50 MYT
Sponsor Banner
“Anak-Anak Saya Tak Tahu Apa Yang Berlaku” - Puteri Sarah Enggan Anak-Anak Dikelilingi Mereka Yang Toksik
Pelakon Puteri Sarah Liyana menjelaskan yang anak-anaknya tidak tahu menahu tentang kes mahkamah yang sedang dilaluinya sejak bulan lalu.
Ujar Sarah, kehidupan dua buah hatinya, Syaikhul Islam dan Sumayyah tidak banyak berubah dan kini berjalan seperti biasa.
“Anak-anak saya tak tahu apa yang berlaku… mereka hanya tahu happy dan pergi sekolah. Macam baru-baru ini, saya pergi ke Singapura dan anak-anak dijaga oleh bapa dan ibu mentua saya.
“Jadi, anak-anak ingat mereka hanya berjumpa dengan atuk dan nenek. Alhamdulillah, mereka berada dalam kalangan orang yang supportive. Saya tak nak lihat mereka dikelilingi oleh mereka yang toksik. Nanti lama-lama akan memberi kesan,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Sarah turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan kedua ibu bapa mentua iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail yang sangat baik.
“Saya sangat happy sebab selama ini bila saya keluarkan kenyataan, saya ingat saya hanya berseorangan. Ramai orang cakap saya asyik keluarkan kenyataan dan sering buka aib. Mereka tanya, mana famili saya? Tetapi ramai yang tak tahu keluarga saya ada di belakang saya.
“Bila Syaikhul masuk hospital dan Datuk dan Datin bersuara, saya berasa sangat lega. Ya Allah, ada orang backup saya! Mereka sayang saya dan saya tidak berjuang seorang diri. Saya berasa sangat disayangi,” katanya lagi.
Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung gangguan serta pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar.
Sebelum ini, rumah tanga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.
Sekadar info, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live