Gaya Hidup
Anda Ada Masa Setahun Lagi Ke Pulau Komodo - Cepat Sebelum Terlambat!
Pulau Komodo, Indonesia merupakan antara tempat pelancongan popular dunia. Ia telah tersenarai sebagai 10 destinasti utama dunia patut dilawati menerusi majalah National Geographic.
Namun jika anda berhasrat untuk ke pulau berkenaan tahun depan, perlu diingatkan ia berkemungkinan akan ditutup buat sementara waktu.
Menerusi Akhbar Tempo, kerajaan Nusa Tenggara Timur akan menutup Pulau Komodo untuk sementara waktu mulai Januari tahun depan. Ia susulan berlakunya kes penyeludupan 41 biawak komodo baru-baru ini.
Difahamkan sebanyak 41 biawak gergasi dijual pada harga 500 juta rupiah (RM143,280) seekor di luar negara. Perkara itu sekali gus mengganggu ekosistem pulau terbabit serta usaha pemuliharaan haiwan berkenaan.
Oleh itu bagi anda yang bercadang ke Pulau Komodo, maka lupakan hasrat itu buat sementara waktu ini.
Sumber: Reservasi
Must-Watch Video