Bersempena sambutan tahun 2020, sudah pasti ramai antara kita yang mengambil peluang untuk mengabadikan detik bersejarah melangsungkan hari bahagia mereka bersama insan tercinta.

Mana tidaknya, ramai yang mahukan angka 2020 sebagai momen paling diingati yang membawa signifikan tersendiri dalam lakaran kisah percintaan mereka.

Namun, bagi mereka yang berhasrat untuk melangsungkan majlis pernikahan pada awal tahun depan, apa kata anda sertai program Zayan Akad.

Zayan Akad merupakan majlis pernikahan secara beramai-ramai serentak yang dianjurkan buat julung kalinya oleh stesen radio Zayan.

Menariknya, program terbitan Astro Radio itu bakal menaja lima pasangan bertuah untuk diraikan sebagai raja sehari yang akan diadakan pada 25 Januari 2020 nanti.

Wah, pasti seronok! Mana tidaknya, keseluruhan perbelanjaan majlis pernikahan tersebut akan dibiayai sepenuhnya termasuklah urusan akad nikah, busana pengantin dan penyediaan katering bagi tetamu yang hadir.

Caranya mudah sahaja bagi menyertai Zayan Akad.

1. Layari Zayan.my dan buka pautan Zayan Akad.
2. Lengkapkan butiran peribadi dengan maklumat sahih.
3. Muat naik gambar anda dan pasangan yang ingin dinikahi
4. Nyatakan sebab Zayan perlu realisasikan impian perkahwinan anda.

Bagaimanapun, penyertaan ini terbuka buat mereka yang mahu melangsungkan majlis pernikahan buat pertama kali sahaja ya!

Jadi, tunggu apa lagi, anda boleh kemukakan penyertaan bermula sekarang sehingga 10 Januari depan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Zayan Akad, sila layari zayan.my/khas/zayan-akad







Foto: Imej Google