Transaksi tanpa tunai atau ‘cashless’ merupakan gaya hidup semasa yang semakin mendapat perhatian serta menjadi pilihan ramai di zaman kini.

Touch ‘n Go eWallet merupakan pilihan utama rakyat tempatan untuk melakukan transaksi tanpa tunai di seluruh Malaysia.

Istimewanya lagi, Touch ‘n Go eWallet merupakan salah satu aplikasi yang terpilih untuk menyertai Program e-Tunai Rakyat yang merupakan inisiatif kerajaan untuk memberikan RM30 untuk setiap rakyat Malaysia.

Sebenarnya, Touch ‘n Go eWallet banyak memberikan kebaikan kepada pengguna tau!

Ha, jom semak 4 sebab mengapa anda perlu menebus e-Tunai Rakyat dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet:




#1 Dapatkan GANJARAN TERBAIK dengan Touch ‘n Go eWallet

Bersempena pelancaran e-Tunai Rakyat, Touch ‘n Go eWallet menawarkan cabutan bertuah THE BIG RM2 MILLION… Wow, banyak tu!




Setiap individu yang layak menebus RM30* dari e-Tunai Rakyat melalui Touch ‘n Go eWallet serta semua rakyat Malaysia yang telah mendaftar dan mengesahkan akaun Touch ‘n Go eWallet mereka akan turut mendapat peluang untuk menangi ganjaran yang lumayan ini.

Berita baik oleh satu-satunya e-wallet yang membawa peluang yang cukup menarik ini bersempena e-Tunai Rakyat oleh kerajaan ini tidak patut dilepaskan!

Selain itu, rakyat Malaysia juga boleh menikmati pelbagai ganjaran ekstra daripada Touch 'n Go eWallet dalam bentuk cashback (pulangan tunai) atau diskaun dari promo-promo yang sedang hangat berlangsung kini!

Para pengguna bolehlah merasai pengalaman kehidupan tanpa tunai di 125,000 rakan niaga mereka di samping menjadi pengguna bijak dengan penjimatan dari pelbagai aspek!

Best kan!!

Pssst... lebih-lebih lagi, melalui kempen e-Huat, pengguna Touch ‘n eWallet juga boleh mendapatkan ‘cashback’ sehingga RM888 (wowwwww!) bersempena sambutan Tahun Baru Cina di SINI!



Kempen e-Huat ini berinspirasikan tradisi memberi Angpau sempena perayaan Tahun Baru Cina. Mesti anda selalu dengar “Huat ah!” semasa musim perayaan Tahun Baru Cina kan? “Huat” bermaksud membawa tuah, kemakmuran dan kejayaan.

Musim perayaan ini, untuk anda yang suka mengumpul Angpau tu, bolehlah dapatkan kawan-kawan untuk memberi Angpau digital melalui Touch ‘n Go eWallet, supaya tahun 2020 ini lebih HUAT untuk semua!

Kalau anda nak menyertai tradisi memberi Angpau pun boleh juga. Sambil-sambil memberi Angpau anda juga berpeluang untuk menerima pulangan wang yang hebat atau ucapan Tahun Baru Cina yang bermakna.

Nak tahu macam mana? Senang je, pindahkan RM5 dan ke atas kepada pengguna Touch ‘n Go eWallet yang lain melalui fungsi “Transfer” dan anda akan berpeluang untuk mendapatkan cashback (pulangan tunai) secara rawak sehingga RM888! Kempen ini akan berlangsung sehingga 10 Februari sahaja. Transfer...jangan tak transfer!


#2 Juara Mobiliti!

Touch ‘n Go telah menjadi sebahagian daripada kemudahan untuk perjalanan pengangkutan negara kita sejak dulu lagi.

Jika Touch ‘n Go menggunakan kad fizikal, Touch ‘n Go eWallet pula menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar.

Dengan adanya Touch ‘n Go eWallet, ia memudahkan lagi perjalanan anda melalui tol dan lebuh raya dengan RFID dan PayDirect yang menghubungkan kad Touch ‘n Go dengan Touch ‘n Go eWallet.

Selain itu, Touch ‘n Go eWallet juga menjalin kerjasama dengan inisiatif Easybook, MULA serta platform-platform tempahan pengangkutan awam dalam talian.

Bukan itu sahaja, melalui kerjasama terbarunya dengan DeliverEat, para pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh juga menempah beraneka hidangan enak daripada 2,000 restoran terus ke rumah.

Pastinya penggunaan Touch ‘n Go eWallet mempercepatkan urusan anda serta memudahkan kehidupan seharian!


#3 Touch ‘n Go eWallet Ada Di Merata Tempat, Di Mana-Mana!

Mudah sahaja untuk melakukan transaksi menggunakan Touch ‘n Go eWallet kerana ia boleh didapati di merata tempat, malah di mana-mana sahaja!

Pastinya mudah untuk merasakan pengalaman tanpa tunai dengan Touch ‘n Go eWallet untuk membayar parking, membeli makanan, membayar bil, mengembara, membeli tiket wayang dan banyak lagi.. senang sangat!

Setakat hari ini, Touch ‘n Go eWallet mempunyai pelbagai rangkaian kedai makan atau kafe, stesen minyak, kemudahan membeli-belah secara runcit atau atas talian, pembelian tambah nilai telco dan…ia terdapat di banyak kompleks membeli belah besar, kedai runcit, pasar basah dan pasar pagi atau malam!



Penulis pernah merasai sendiri pengalaman menggunakan Touch ‘n Go eWallet di pasar pagi, sangat memudahkan! Tak perlu lagi risau atau kelam kabut untuk membuka dompet dan mengeluarkan wang atau duit syiling di tempat yang ramai orang seperti pasar pagi atau malam!


#4 Touch ‘n Go eWallet Mudah & Selamat Untuk Digunakan

Ia selamat, jangan risau! Touch ‘n Go eWallet adalah satu-satunya eWallet di Malaysia yang ada polisi ‘100% Pampasan Terjamin’ (Money Back Guarantee), yang memberi perlindungan, penjaminan dan keselamatan untuk pengguna melakukan transaksi tanpa keraguan.

Pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh melaporkan sebarang transaksi tidak sah dalam tempoh 60 hari dari tarikh transaksi dan wang berkenaan akan dipulangkan dalam tempoh lima hari bekerja. Ha, ia pertama seumpamanya, eWallet lain tak ada pun macam ni tau!

Touch ‘n Go eWallet seperti yang anda tahu merupakan salah satu aplikasi yang terpilih untuk menyertai Program e-Tunai Rakyat yang merupakan inisiatif kerajaan untuk memberikan RM30 untuk setiap rakyat Malaysia.

Sebelum itu, pengguna harus mengesahkan akaun Touch ‘n Go eWallet mereka, berikut merupakan cara-caranya:
  1. Klik paparan "Verify Account Now" di profil anda.
  2. Ambil foto kad pengenalan (belakang dan hadapan) atau passport menerusi aplikasi terbabit.
  3. Tangkap foto selfie anda dan klik di butang ‘Let’s Go’.
Mudah je, dah siap! Ia akan mengesahkan akaun anda dalam masa 48 jam!
Kenapa anda harus mengesahkan akaun anda?
  1. Anda akan dilindungi dengan 100% Pampasan Terjamin (Money-back Guarantee), hanya dengan Touch ‘n Go eWallet.
  2. Boleh pindahkan duit ke akaun pengguna Touch ‘n Go eWallet yang lain.
  3. Nikmati nilai kredit Touch ‘n Go eWallet yang lebih besar iaitu RM5,000!
Apa tunggu lagi! Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet di Google Playstore atau Apple Apps Store.

Dapatkan e-Tunaikan Rakyat anda dari Touch ‘n Go eWallet hari ini!

Penulis dah dapatkan e-Tunai dari Touch ‘n Go eWallet dah. Claim tu senang dan cepat lagi. Tak sabar nak shopping ni!

Untuk maklumat lanjut mengenai e-Tunai Rakyat, sila log masuk ke https://www.tngdigital.com.my/etunairakyat.

*Tertakluk kepada terma dan syarat