Ramai yang semakin menggemari percutian ala ‘staycation’ dan inginkan pengalaman penginapan yang berbeza dengan dekorasi bilik yang menarik.

Tak kira di mana pilihan anda untuk menginap sewaktu bercuti, pastikan ia dibuat dengan tepat dan mengikut keselesaan.

Kini, banyak hotel di Malaysia menawarkan pengalaman penginapan menarik dengan bilik yang unik!

Sempena minggu eTravelFair yang bermula dari 2 September hingga 8 September ini, Gempak senaraikan enam lokasi hotel tempatan yang mempunyai ciri-ciri menarik khas untuk didiami pelancong yang inginkan kelainan… Jom, Cuti Cuti Malaysia!

1. The Bed, KLCC



Hotel menarik ini menawarkan pelbagai pengalaman berbeza kepada pengunjung. Anda boleh memilih jenis bilik yang anda mahukan, sama ada bilik single, bilik queen, bilik twin, bilik keluarga atau kepada mereka yang mengembara ala 'backpacker', pod single juga ditawarkan di sini!

Terletak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, kapsul hotel ini hanya satu kilometer sahaja dari KLCC dan turut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti menarik!

2. M Boutique Hotel, Ipoh



Ha, jika anda gila bergambar atau suka memuat naik foto di laman sosial, hotel yang terletak di Hala Datuk 5, Ipoh ini memang sesuai untuk anda jadikan tempat penginapan!

Dekorasi yang menarik pastinya menggamit jiwa pengunjung yang datang bertandang. Boleh dikatakan setiap sudut hotel ini memang lawa, sesuai untuk anda abadikan di laman sosial anda!

3. De' Art Hotel, Seksyen 7, Shah Alam



Hotel ini menjadi tarikan ramai kerana dekorasinya yang menampilkan ciri eksklusif. Setiap bilik yang ada dihias dengan hasil seni menarik dan ia diiktiraf sebagai hotel Malaysia pertama yang tampil dengan tema seni.

Hotel ini menyediakan bilik dengan tema filem, kartun, bunga, selebriti dan Victoria, De' Art juga mempunyai cawangan lain yang setiap satunya mempunyai tema tersendiri di Seksyen 9 Shah Alam, Seksyen 19 Shah Alam, I-City Shah Alam dan USJ21 Subang Jaya.

4. Philea Resort & Spa, Ayer Keroh



Jika anda ingin merasakan pengalaman menginap dengan suasana yang nyaman serta dipenuhi dengan unsur kehijauan, Philea Resort & Spa merupakan destinasi yang tepat!

Bayangkan, ada menginap di bilik ala kabin kayu mewah yang dikelilingi dengan pemandangan hijau merimbun, syahdu sangat rasanya... Tenang je! Pelbagai fasiliti menarik juga disediakan di sana!

5. Hotel Rosa, Bandar Hilir



Gabungan dekorasi ala Eropah bersama elemen industrial membuatkan hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka ini mempunyai tarikan khusus untuk pelancong yang berkunjung ke negeri penuh bersejarah ini.

Kaya dengan keunikan yang menggamit jiwa, hotel ini juga sesuai untuk mereka yang gila bergambar. Semuanya menarik perhatian, bermula dari lobi, ruang menunggu sehingga ke bilik yang mempunyai ciri khas tersendiri!

6. Museum Hotel, Georgetown



Terletak di Jalan A.S. Mansor (off Transfer Road), George Town, Pulau Pinang, hotel ini menawarkan ciri-ciri klasik ala kolonial, sesuai untuk mereka yang mahukan keunikan dalam percutian.

Dengan ciri khas Peranakan yang disuntik dalam elemen dekorasi hotel, semestinya Museum Hotel menawarkan pengalaman penginapan yang tidak boleh anda lupakan!

Cepat! Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran percutian yang menarik hanya di eTravelFair, bermula dari 2 September hingga 8 September ini! Klik pautan INI untuk mendapatkan info percutian yang terbaik.