,
Laman Utama

Andai Itu Takdirnya: Puas Hati Bila Tengok Aleya Lempang Sharifah Emilin, Dasar Penyondol!

Syafiqah Jalal
11/04/2023
08:30 MYT
Drama bersiri Slot Megadrama yang popular di Astro, Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah mengundang air mata dan bakal terus menguji emosi penonton pada minggu ini.
Drama yang menampilkan pelakon utamanya Hannah Delisha dan Shukri Yahya itu mengisahkan mengenai rumah tangga pasangan ini yang dilanda pelbagai dugaan dari mula hingga seperti tiada berkesudahan.
Namun Andai Itu Takdirnya pada minggu ini tampil kisah sedikit berbeza kerana dua pelakon utamanya itu yang memegang watak suami isteri bernama Aleya dan Syed Aizril akhirnya mula mengecapi kebahagiaan dan kemanisan dalam rumah tangga.
Bagaiaman pun kebahagiaan yang dikecapi itu seperti hanya seketika. Ini kerana pada minggu ini penonton akhirnya bakal saksikan Aleya setelah sekian lama memendam rasa dengan Sharifah Emilin iaitu lakonan Dayang Areeda itu telah bertindak menamparnya.
Kenapa Aleya manampar Sharifah Emilin? Apa yang telah dilakukan wanita yang sering menggoda suaminya itu? Semuanya akan terjawab pada minggu ini.
Selain itu, pada minggu ini juga ada kemunculan watak baharu iaitu Sharifah Azreen yang dibintangi oleh Atikah Suhaime. Apa pula peranan Atikah dalam drama ini? Nantikannya!
Apa-apa pun, penonton masih menyaksikan drama dendam yang tak berkesudahan dari Sharifah Rosnah terhadap Aleya. Manakala dalam masa yang sama Faizal juga masih tidak puas hati dengan Aleya dan Syed Aizril.
Apa sebenarnya yang terjadi pada minggu ini? Saksikan Andai Itu Takdirnya drama adaptasi novel tulisan Siti Rosmizah yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria atau strim di Astro Go .

Sinopsis Andai Itu Takdirnya

Aleya yang berasal dari keluarga yang sederhana meminati salah seorang rakan kolejnya iaitu Syed Adam Aizril. Syed Aizril dikenali dalam kalangan wanita kerana ketampanannya dan dia juga anak kepada seorang tokoh korporat. Aizril sudah biasa dengan gaya hidup kaya dan sentiasa memandang rendah terhadap orang lain.
Tanpa disangka, berlaku satu kejadian yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Aleya memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang isteri tetapi malangnya Syed Aizril menyeksa hidupnya. Tidak lama selepas itu, Syed Aizril ditimpa kemalangan. Ia mengubah hidupnya dan dia menyesali semua kesalahannya terhadap Aleya.
Perkahwinan Syed Aizril dan Aleya tercabar sekali lagi apabila Syed Aizril jatuh cinta pada Sharifah Emilin yang muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Janjinya terhadap Aleya mudah dilupakan. Pada ketika ini, perasaan Aleya terhadap Syed Aizril sudah hilang sepenuhnya. Hidupnya kini hancur kerana egonya. Patutkah Aleya beri peluang sekali lagi kepada Syed Aizril?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar