Sekilas
- Anuar Zain mengejutkan peminat apabila hadir ke showcase penyanyi Indonesia, Hindia, di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
- Rata-rata netizen berkongsi pengalaman dan gambar kelibat Anuar yang dilihat melalui kawasan barisan sebelum masuk ke arena.
- Hindia mengadakan acara Doves, ’25 Experience bersama Blue Valley Radio pada 22 Ogos lalu di Kuala Lumpur.
Kemunculan penyanyi Anuar Zain di showcase penyanyi Indonesia, Hindia menerusi Doves, ’25 Experience bersama Blue Valley Radio di Mega Star Arena, Kuala Lumpur mencuri perhatian peminat.
Menerusi beberapa perkongsian di media sosial, rata-rata netizen tidak menyangka penyanyi berusia 56 tahun itu turut hadir menikmati persembahan Hindia bersama peminat lain.
“Wei, Anuar Zain tengok Hindia juga ke? Dia lalu tepi tadi, aku terus ‘Bang Nuar!’,” tulis seorang netizen yang teruja melihat kelibat penyanyi berkenaan.

Malah, ada juga yang sempat merakam gambar Anuar ketika dia melalui kawasan barisan sebelum penonton memasuki arena.
“Girl depan saya sempat ambil gambar dia lalu masa kami masih beratur nak masuk. Random betul,” kongsi seorang lagi pengguna media sosial.
Sekadar info, Hindia atau nama sebenarnya Baskara Putra mengadakan Doves, ’25 Experience bersama Blue Valley Radio di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 22 Ogos lalu.
Sumber: Threads