“Andai Kehilangan Saya Satu Hari Nanti..” - Cef Popular Masak Sambil Senyum Sedang Sakit? Hidap Penyakit…
Popular dengan gaya masakan sambil tersenyum, cef selebriti Ozdemir Burak atau lebih dikenali sebagai CZN Burak mencetuskan kebimbangan ramai apabila memuat naik sebuah video di TikTok.
Menerusi posting berkenaan, CZN Burak berkongsi gambar dirinya yang sedang duduk di atas katil hospital sambil menyarung pakaian pembedahan.
“Andai anda kehilangan saya satu hari nanti, ingatlah saya dengan melihat video-video yang ada.
"Hanya cinta yang kecil adalah ikatan yang paling hebat," tulisnya.
Perkongsian berkenaan kemudian mengundang 1,001 persoalan netizen mengenai status kesihatan cef berkenaan.
Menerusi ruang komen, ramai juga yang mendakwa cef tersebut sedang berdepan dengan kanser perut.
Namun, ada juga laporan mengatakan CZN Burak menghidap tumor otak.
Apapun, netizen terus mengambil peluang mendoakan kesihatan cef popular itu di ruang komen.
(EMBED)
Sekadar info, CZN Burak mendapat perhatian kerana metodologi tersendiri memasak pelbagai hidangan Turki dan Syria.
Dia menjadi terkenal selepas video dia menyediakan bahagian makanan bersaiz besar.
Malah, gayanya menyediakan makanan dengan hanya melihat ke dalam kamera sambil tersenyum menjadikan cef ini tular di media sosial.