Setiap kali menjelang majlis anugerah, setiap selebriti pasti tidak mahu melepaskan peluang ‘melaram’ dengan busana masing-masing.

Dalam majlis anugerah jugalah para pereka akan menunjukkan kehebatan busana yang direka khas untuk selebriti tertentu.

Bagaimanapun, bukan semua rekaan nampak menarik di mata netizen dan pastinya akan menjadi bualan di kalangan mereka.

Contohnya, busana rekaan Ezuwan Ismail yang digayakan penyanyi Andi Bernadee pada malam Anugerah MeleTop Era (AME) 2019 baru-baru ini.

Menerusi foto yang dimuat naik Andi di laman Instagram (IG)nya, persalinan serba hitam dihiasi kerawang berwarna keemasan digayakan penyanyi ‘Donde Donde’ tersebut telah disamakan seperti kebaya oleh netizen.

Tidak kurang juga yang meninggalkan komen sarkastik pada busana rekaan Ezuwan itu.

Namun para peminat Andi memuji penampilan penyanyi kesayangan mereka itu dan berpendapat ia sangat bersesuaian dengan tema Glam.

Kata mereka, tema Glam mestilah over!